Mesej dari SUA HALUAN: 3 Prinsip Fikrah Kita
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt. Kita ucapkan solawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad saw, seluruh keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang berdakwah mengikut jalan Rasulullah saw hingga hari qiamat.
Wahai ahli HALUAN yang dihormati dan dikasihi, saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari Allah, yang baik dan barakah:

Kini kita mula mengorak langkah dengan gerak kerja yang lebih bertenaga dan mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai visi, misi, matlamat dan moto yang telah ditetapkan oleh kepimpinan HALUAN:
Visi: HALUAN Peneraju Perubahan Masyarakat
Misi: Pendidikan dan Perkhidmatan Melahirkan Pemimpin Dan Merubah Masyarakat.
Matlamat: Melahirkan Masyarakat Berakhlak Mulia Melalui Pendidikan dan Kebajikan
Moto: Berakhlak, Mendidik dan Berbakti
Semuanya ini dikira sebagai landasan dan strategi untuk kita bergerak dan bertindak dalam melaksanakan tugas suci dan murni sebagai hamba dan khalifah Allah swt di atas muka bumi, sekaligus sebagai persiapan dan bekalan untuk kita bertemu denganNya di Yaumul Hisab. Berdasarkan Moto HALUAN, kemunculan kita dalam masyarakat dengan membawa akhlak mulia yang lahir daripada akhlak Islam dalam menjalankan operasi mendidik dan berbakti. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini kita akan berhadapan dengan berbagai ujian, cabaran, pertarungan yang sengit, kita tidak boleh kalah dan mesti keluar sebagai PEMENANG.
Perkongsian Ukhuwah Fillah
Syukur pada Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNYA kita dapat hidup aman dan damai di alam yang fana ini serta selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Berkat kurniaNYA dan rahmatNYA ummi mampu dan masih boleh menulis lagi pada kali ini.
Apa khabar iman anak-anak semuanya, dengan rasa kasih dan sayang dan rindu pada anak-anak semua, ummi gagahkan juga untuk singgah sebentar untuk menulis di sini. Ummi rasa tidak mampu lagi untuk menulis di sini tetapi bila teringatkan kembali bahawa tiada jalan yang lebih baik iaitu berkongsilah ilmu walaupun satu ayat agar kita dapat saling memperingati diri untuk menuju keredhaan Allah Taala.
Ummi teringat tulisan anakanda Ammar pada Alasan lagi yang berbunyi seperti berikut:
“Yang diharapkan adalah muntahan buah fikir dari sumber yang jelas, sarat dengan iktibar. Dan ibrah ini dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.
Read more…
Tarbiyah Membina Ukhwah Sejati
Semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita diatas jalan Dakwah dan Tarbiyah.Hati saya rasa terpanggil apabila puteri yang saya kasihi Mahfuzah Hanisah (nurtaqwa08.blogspot.com) dan seorang remaja Haluan ,anakanda Nor Aisyah Mohd Rashid meminta saya menulis sedikit pengalaman-pengalaman tarbawi yang pernah saya lalui semasa berada di dalam Haluan.Walaupun saya telah bersama Haluan, hakikatnya telah 22 tahun namun tidak pernah rasa jemu, malah semakin hari terasa semakin indah.
Kalaulah kita diberi pilihan, mau rasanya saya kembali muda kerana terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan. Tapi usia telah diambang senja. Tidak ada pilihan lagi melainkan hakikat sebuah kematian itu semakin hampir.Apatah lagi apabila melihat putera puteri remaja Haluan semakin mekar, menyerlah, dengan jiwa Islam yang membara, bergerak keseluruh negara. Generasi remaja yang aktif dengan amal Islami amat menghiburkan hati saya. Lihat saja semasa Kelab Remaja Haluan baru-baru ini (13 – 16 Dec 2009) menganjurkan Kem Minda Kreatif di Bukit Bakar Machang.Kira-kira hampir 50 orang fasilitator (Haluansiswa) telah hadir. Mereka berbakti dengan penuh keihklasan. Hanya redha Allah yang mereka harapkan. Jiwa yang tinggi dan mulia.
Mari Berukhwah Kerana Allah
Saudara-saudaraku yang beriman, ukhuwwah (persaudaraan) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah Subha Nahu Wa Taala di dalam mencari keredhaan-Nya. Banyak hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang membenarkan kenyataan ini.
Pertama: “Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua, seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuraN sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka.” [Riwayat Bukhari]
Muhasabah Interaksi Kita Dengan Al Quran
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku” (QS Al-Fajr [89]:27-30)
Ungkapan lembut tersebut adalah rayuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang juga disertai ajakan yang provokatif. Bagaimana mungkin kita tidak teruja dengan rayuan seperti itu?
Kita mampu bekerja dengan kuat saat jiwa kita sedang asyik dengan Al-Qur’an. Tetapi di saat yang lain, kita mungkin mengalami situasi keengganan yang besar, jangankan disuruh menghafal, sekadar melihat mushaf pun sangat keberatan. Apabila berhadapan seperti itu, kita perlu merayu diri sendiri, merenungi kehidupan diri kita sendiri sambil mencari bahasa apa yang dapat membangkitkan energi kita untuk kembali bekerja, meraih cita-cita hidup bersama Al-Qur’an.
Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) Membentuk Remaja Berakhlak
Pengkalan Chepa, 20 Disember – HALUAN Kelantan meneruskan siri program mendidik dan berbakti kalangan remaja dengan menganjurkan Program Kecemerlangan Pelajar Siri 2 dengan kerjasama Kg. Pohon Nenasi Bachok dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 15 - 17 Disember 2009 di Dewan Kuliah C, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa Kelantan.
Seramai 48 remaja berumur antara 13 – 18 tahun telah menyertai program 3 hari 2 malam ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Para peserta telah dibimbing oleh fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN Kelantan, yang diketuai oleh Sdr. Jumat Salleh, AJK HALUAN Siswa Nasional.
Antara aktiviti yang telah disajikan di sepanjang program ialah ceramah dan demonstrasi sebatan dari Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, ceramah khas jenayah oleh wakil dari IPD Kota Bharu, ceramah ancaman dadah oleh wakil AADK Kota Bharu, ceramah kesihatan oleh Dr. Pazudin dari Kelab Kesihatan HALUAN Kelantan yang juga merupakan doktor pakar sakit puan HUSM dan slot Tayangan Multimedia Air Mata Palestin.
Cinta dan Allah Redha
Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. Dia sudah tidak kisah sekelilingnya. Dia sudah tidak kisah orang lain. Yang dia fikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Prinsip dan maruah diri sanggup digadai.
Saya berulang kali kata, saya tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta jika di akhirat nanti kedua-duanya terhumban ke neraka? Ketika itu, baru kita tersedar bahawa cinta yang kita kata cinta itu bukan cinta sebenarnya.
Pada saya, hubungan lelaki perempuan yang boleh kita katakan cinta adalah, apabila Allah redha dengan apa yang dikatakan cinta oleh kita itu. Hubungan yang membawa ke syurga. Hubungan yang menyisih dari neraka.
KMK Zon Timur Membangkitkan Generasi Pewaris

MACHANG, 16 Disember – Seramai 170 orang remaja yang terdiri dari tiga buah negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menyertai Kem Minda Kreatif ke-3 peringkat Zon Timur yang berlangsung dengan meriahnya di Hutan Lipur Bukit Bakau, Machang pada 14 hingga 16 Disember 2009 lalu selama 3 hari2 malam. Kem yang bertemakan ‘Melahirkan Generasi Pewaris’ ini dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim. Seramai 42 orang ahli-ahli HALUANSiswa yang berasal dari Pantai Timur turut serta membantu perjalanan program sebagai fasilitator dan urusetia. Mereka telah berkampung di sana bermula 13 Disember lagi untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan program KMK pada kali ini.
Ikhtibar dari Keruntuhan Kerajaan Islam Ustmaniyah
Dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi bahan yang ditulis oleh Abul Hasan Husni An-Nadwi di dalam kitabnya “Apa derita bila Islam mundur”. Kitab ini merupakan buku yang amat wajar dimiliki dan dibaca oleh generasi kini. Muqaddimah buku ini ditulis oleh Sayyid Qutb rhm.
Dalam tulisan kali ini saya hanya ingin menyentuh faktor kebangkitan dan keruntuhan Turki yang boleh kita ambil jadikan panduan.
Bangsa Turki di bawa pimpinan Ustmaniyah mempunyai keistimewaan tersendiri yang melayakkan mereka memegang pimpinan ummat Islam Alami.
Every Exit Is An Entry
I stumbled upon this line during my teenage years, at school, wondering what it actually meant, only taking for granted that it was the ‘motto’ for the school bowling club.
Back then, being quite a curious yet still naive teenager I was, the farthest interpretation that I could conjure out of my mind was to understand that the bowling ball will hit the pins, be exited from the lane, and enter a mysterious chamber that eventually, will roll it back to where it first came from.
And I thought it was cool. In fact, I still do.
The transitions of life, from phase to phase, permits us the possibility of facing endless consequences that arise from even our simplest actions, decisions, a spark of thought or perception.
Perkongsiaan Pengalaman MKPadang Gelombang 7
*MKPadang 6 & 7 turut disertai 2 orang relawan dari Kelantan, Sdr Md Muslim (SU Kerja HALUAN Kelantan) dan Dr. Mansor Yahya (Ketua Biro Profesional HALUAN Kelantan / Naib Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN Pusat)

Sdr Md Muslim (Berkopiah putih) dari HALUAN Kelantan antara yang menyertai MKPadang Gelombang ke 7 pada hujung November lalu
Misi Kemanusiaan Padang adalah seperti mimpi jadi kenyataan. Keinginan untuk pergi mula tercetus apabila membaca dan berbincang dengan sahabat yang terdekat, kenapa dan mengapa Allah swt menggoncangkan bumi Padang yang berada tidak jauh daripada Malaysia.
Dari Abdullah bin Hiwalah r.a berkata: Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu beliau bersabda, ”Wahai Ibnu Hiwalah, Apabila engkau melihat khilafah kenabian telah sampai ke tanah Syam maka telah dekatlah terjadinya gempa-gempa, masa-masa kesusahan dan kegundahan, serta perkara-perkara besar dan hari kiamat pada saat itu lebih dekat kepada manusia dari tanganku terhadap kepalamu.
[ Hadis Sahih, HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]
Apa? Hari kiamat sudah dekat ?????? Sangat dekat!!!!! Apakah persediaanku, persediaan kita??
Ancaman Aliran Pemikiran Modernisasi
Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa jalan hidup kita ialah Islam, dan pegangan serta perlembagaan hidup kita ialah ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Fahaman Islam yang kita bawa dalam hidup kita adalah berdasarkan fahaman Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan telahpun diikuti oleh para sahabat ridhuanullah ‘alaihim.
Bukan fahaman-fahaman lain yang disogokkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam masyarakat Islam.
Sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada semua prinsip-prinsip (rukun) keimanan, kita mestilah peka dan awas agar kita tidak terjebak ke dalam aliran-aliran faham yang berlawanan /bercanggah dengan Islam.
Satu daripadanya ialah : Aliran Modernisasi . Iaitu satu pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan kemodenan (modernity).






