Bagaimana agar perkahwinan kita mendatangkan redha Allah? Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah? Ada tiga rumus dalam Quran Surah Al-Ashr. Setiap bertambahnya hari, bertambah umur, kita akan rugi kecuali tiga golongan kelompok yang beruntung. Ayuh, mari kita semak panduan berikut:
Philip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.
HALUAN Fitrah dan HALUANITA Kelantan dengan penuh hormatnya menjemput tuan/puan untuk menghadiri Kursus Dakwah Non Muslim: Akar Umbi Kristianiti pada 30-31 Januari 2009. Butiran Program tersebut adalah seperti berikut:

Hari ini BBC melaporkan jumlah kematian dalam serangan Israel ke atas Gaza sudah melepasi 700 orang. Sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, bukannya pejuang-pejuang Hamas. Media massa seluruh dunia menunjukkan bangunan dibedil oleh kereta kebal dengan peluru yang beratnya berpuluh-puluh tan, mayat kanak-kanak bergelimpangan dan orang ramai menyembahyangkan jenazah dalam satu barisan yang panjang. Bagi kanak-kanak, jika mereka tidak mati, sudah tentu kehilangan tangan dan kaki akibat terkena serpihan bom dan peluru.
Pada 29 Disember yang lepas,
Sekretariat HALUANPalestin HALUAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan.