TOK BALI – Sesuai dengan tema program Kem Anak Soleh 3 iaitu “Mari Mengasihi Allah,” HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah menganjurkan program yang dapat mendidik hati untuk generasi baru.
Kem ini disertai oleh seramai 134 orang peserta, terdiri 81 lelaki dan 53 perempuan. Manakala seramai 44 orang fasilitator yang terdiri pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah yang sedang bercuti turut berbakti membantu menjayakan kem ini.
Pengarah Program, En Ruqaimi Rabbani Abdullah, berkata bahawa program ini diadakan bertujuan untuk membentuk anak-anak yang berumur dari sembilan hingga dua belas tahun memahami asas penghayatan Islam yang tinggi dan menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, masa lapang mereka sepanjang musim cuti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau lagi, program ini juga dijadikan sebagai medan untuk fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan memberikan sumbangan kepada masyarakat selaras dengan moto HALUAN iaitu “berakhlak, mendidik dan berbakti.”




In a world that is interlinked with Internet, mass media, and all other forms of communications, people should be more encouraged to know each other, as the methods of accessing such knowledge are available in a wide scale more than before.
Di mana jua kalian berada, di merata pelusuk tanahair tercinta maupun di perantauan yang jauh… dengan sukacita ibu menziarahi hati kalian beserta ukhuwah dan mahabbah kerana Allah semata-mata. Dengan harapan kita semua menepati maksud firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman an engerjakan ebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.