Bashir Gemayel telah dibunuh pada 14 September 1982, beliau merupakan pemimpin Lubnan yang menjadi harapan kerajaan haram Israel untuk mengadakan hubungan ‘mesra’ dengan kerajaan Lubnan. Namun bakal presiden tersebut dilihat lebih gemar berpakat dengan Israel sebagai hanya sesuatu yang tidak rasmi dan bersifat praktikal. Perbezaan pendapat ini timbul dalam pertemuan antara Begin, Perdana Menteri Israel dan Gemayel di Nahariyya di bahagian utara Israel pada awal September.
Kerajaan pusat mengehendaki Gemayel meluaskan kuasanya ke atas selatan Lubnan, termasuklah mengetepikan Sa’ad Haddad, sekutu tempatan yang amat dipercayai Israel. Israel enggan membuang Haddad begitu sahaja kerana sekutunya tersebut telah membuktikan bahawa beliau boleh dipercayai dan efektif dalam mengekalkan cordon sanitaire, sedangkan anggota parti Phalange – Angkatan Tentera Lubnan – tidak mampu berbuat begitu.
Ketika Bashir dibunuh, tiada lagi ketua Maronite lain yang mempunyai keupayaan untuk memerintah Lubnan serta memiliki haluan politik yang boleh diterima oleh Israel, lebih-lebih lagi pro-Israel. Tambahan pula, Syria dan PLO masih menguasai sebahagian besar Lubnan. Dalam keadaan begini, pucuk pimpinan Israel segera menghantar tentera Israel ke Beirut Timur, dengan alasan keperluan untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan selepas pembunuhan bakal presiden tersebut.
Ilham bagi “pembersihan” kem pelarian Sabra dan Shatila di bahagian selatan Beirut timbul daripada pembunuhan beramai-ramai di Del Yassin pada 9-10 April 1948 apabila anggota Irgun di bawah pimpinan Begin membunuh 254 orang penduduk kampung Palestin yang tidak terdaya untuk mempertahankan diri dan seterusnya mengakibatkan lebih daripada 600 000 penduduk Palestin lari kerana panik. Kini, kawasan yang mereka diami telah menjadi wilayah
haram Israel. Pernah beberapa kali Time melaporkan Gemayel memberitahu para pegawai Israel bahawa beliau ingin sekali meranapkan kem-kem Palestin dan menukarnya menjadi gelanggang tenis.
Pada awal 1982, Gemayel telah menghantar 500 askarnya ke Israel untuk menjalani latihan khas. Kumpulan askar inilah yang dipilih untuk membersihkan Sabra dan Shatila. Perjanjian yang dirunding oleh Habib dengan PLO ialah pemergian pejuang PLO mengandungi jaminan keselamatan masa depan setengah juta penduduk Palestin yang tinggal di Lubnan dan turut menekankan penentangan Washington terhadap kemasukan Israel ke Beirut Timur, termasuk ke kem-kem.
Read the rest of this entry »