عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ
(رواه الشيخان)- متفق عليه -
Maksud :
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).
( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.
Salam alaykum
tiba di Padang, Indonesia dalam usaha meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.
Hari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan orang dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan menjadi lebih sulit. Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras. Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang. Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tahu, mereka tetap ceria dan ketawa.
Penggabungan diri saya ke dalam agama Islam mewajibkan supaya saya hidup menurut cara Islam pada aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak, mewajibkan saya hidup menurut cara Islam dalam diri, rumah dan keluarga saya. Penggabungan diri saya ke dalam Islam juga adalah membawa erti bahawa saya diwajibkan supaya hidup untuk Islam, mewajibkan saya mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam, mewajibkan supaya saya menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan saya untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan Islam dan dapat meningkatkan pembinaannya.
Dakwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

Kebanyakan orang memahami kewajiban sebagai bebanan berat yang harus dipikul dan dipertanggungjawabkan di hadapan pemberi kewajiban itu. Sehingga yang terbayang adalah pemberat-pemberat yang ada di bahu. Dan semakin banyak kewajiban yang ada maka semakin terasa berat pula beban hidupnya. Sungguh kasihan hidup yang penuh beban, selalu merasa dalam penderitaan dan tekanan.
Mereka telah tiba di Padang pada pukul 08:10 waktu tempatan dan terus bersama-sama NGO tempatan menjalankan kerja-kerja bantuan yang dirancang. Mereka kini berpengkalan di Masjid Desa Sg Sirah, Pariaman.
Bagi seseorang yang ingin mendaki puncak tertinggi (katakanlah gunung Kinabalu), tentu dia bersedia untuk menempuh berbagai macam halangan; nyamuk, serangga berbisa, onak dan duri mungkin tidak dianggap sebagai masalah atau rintangan kerana jiwanya benar-benar telah bersedia untuk itu semua. Sebahagian besar rintangannya mungkin dianggap biasa dan ringan. Bahkan jiwanya bersedia untuk sesuatu yang lebih besar dan luar biasa; tersesat, terjatuh dan patah tangan atau kaki, kehabisan makanan dan minuman serta kelaparan berhari-hari dan sebagainya. Hatinya sentiasa membayangkan puncak yang bakal ditawannya; kepuasan, kebanggaan dan segala macam perasaan yang bakal dikecapinya. Segala keupayaan fizikal dan mentalnya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dia akan sentiasa memastikan kesihatannya baik dan sesuai dengan perjalanan yang bakal ditempuhinya.