Sepang, 8 Okt – Biro Misi Kemanusiaan HALUAN meneruskan Misi Talian Hayat untuk Pelarian Somalia (LL4S) dengan menghantar pasukan kedua yang telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.50 pagi semalam. Misi kali ini disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada petugas media, doktor dan pegawai logistik. Penerbangan mereka menuju ke Nairobi, Kenya dan seterusnya ke Kem Dadaab melalui jalan darat.
Ketua misi kali in, Mohd Nizam Mohd Awang (gambar) memberitahu kepada pihak Media HALUAN bahawa fokus utama misi kali ini terbahagi kepada empat kategori. Yang pertamanya, mereka akan memberikan rawatan perubatan di tiga kem pelarian utama yang telah dikenalpasti di Dadaab. Seterusnya, mereka akan bersama-sama dengan NGO antarabangsa yang lain untuk mengadakan klinik bergerak di kawasan sekitar Daadab. Mereka juga akan meneruskan bantuan mengagihkan makanan kepada pelarian dan akan berusaha membawa bekalan air yang akan dibeli di daerah Kenya untuk di bawa ke kem-kem pelarian di Dadaab.








Wakil Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Selangor, Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani, memimpin gandingan relawan veteran dan muda kali ini. Mereka ialah Siti Aisyah bt. Mansor yang mewakili HALUANITA Kedah, Norizan Othman dan Sabariah Omar yang mewakili HALUANITA Kelantan, Mohd Akhir Bin Ahmad seorang jurutera yang mewakili HALUAN Kedah, Suhaimi Mohd Dahan iaitu seorang guru yang mewakili HALUAN Pahang, dan Mohd Fikri bin Mohd Nasri mewakili HALUANSiswa Pahang. Manakala Dr Basir Towil yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dan Dr Saedah binti Ali dari KKH Kelantan merupakan barisan doktor bagi pasukan ini.
tiba di Padang, Indonesia dalam usaha meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.
Hari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan orang dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan menjadi lebih sulit. Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras. Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang. Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tahu, mereka tetap ceria dan ketawa.