Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan syahrut Tarbiyah (bulan pembinaan dan pendidikan)??
Ini kerana pada bulan ini umat Islam dididik langsung oleh Allah SWT dan diajarkan oleh-Nya supaya dapat mengatur waktu dalam kehidupan secara baik. Kehidupan mukmin menjadi teratur dan setiap detik waktunya berjalan dengan bermanfaat dan terisi dengan muatan amal, mulai dari sahur sehingga bertemu sahurnya kembali, tiada yang sia-sia.
Tarbiyah adalah jalan yang sangat penting bagi kehidupan muslim dan umat, kerana dengan tarbiyah akan lahir Syakhshiyah Islamiyah mutakamilah mutawazinah (keperibadian islami yang utuh dan seimbang) yang siap sedia berhadapan dengan tentangan zaman dengan segala permasalahan, ujian dan cubaannya.
Dalam kontek tarbiyah itu sendiri; untuk menghasilkan barisan pekerja Islam (amilin) yang memiliki Syakhshiyah islamiyah mutakamilah mutawazinah (keperibadian islami yang utuh dan seimbang), maka manhaj tarbiyah harus mampu merealisasikan tujuan-tujuan berikut :










Kini kita berada di ambang 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Siapa yang mendirikan (qiyam) malam agung ini dengan penuh iman serta mengharapkan keampunan dan rahmat daripada Allah swt diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang terdahulu. Justeru itu Rasulullah saw amat mengambil berat dan memberi keutamaan kepada ibadah i’tikaf pada 10 hari terakhir ini.