Barisan ke 2 dari belakang, dari kiri : Dr Abu Ubaidah, Dr Azman, Dr Rosdan, Dr Saedah,Dr Salwana, Dr Rohaiza, Dr Ilyana, Dr Samihah. Pengarah Program Mohd Syafiq Amri (Barisan belakang: tengah)
Alhamdulillah , Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) -Eire Student Chapter dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah mengadakan “Program Jalinan Bakti Trengganu 2011″ (JBT) bertempat di
Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,Trengganu dari 6 – 10 Julai 2011.Mereka yang terlibat terdiri dari kira-kira 40 orang mahasiswa/i dari Royal College of Surgeon in Ireland, University College Dublin dan Trinity College Dublin. Kelab Kesihatan Haluan telah diamanahkan untuk membantu peserta program bagi
mengadakan klinik pemeriksaan dan rawatan perubatan dan mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai.
![]() |
| Dr Ahmad Sabri memberi taklimat mengenai profesion doktor dan cabarannya |
![]() |
| Dr Rosdan Salim memberi taklimat mengenai “Career Pathway” |




Sesungguhnya ‘Sahsiah Islamiyyah’ kini telah ditimpa gambaran buruk yang mengakibatkan kepada terbantutnya peranan yang sejati ini juga membawa kepada penggunaan tenaga pada perkara-perkara ranting (juz’i) yang membawa kepada hilangnya kemampuan untuk mengikuti jalan hingga ke hujung perjuangan atau boleh membawa kepada natijah-natijah buruk.
Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswi) Kelantan dengan kerjasama Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) KTD dan AJK Asrama telah mengadakan Bengkel Kajian Ramadhan (Siri 1) pada 27 Ogos yang lalu. Program telah diadakan di Surau Siswi Kediaman Tanjung Chat, Kolej Teknologi Darulnaim bermula jam 6.00 petang. Program ini terbuka kepada mahasiswi di asrama tersebut yang berminat untuk meningkatkan kefahaman mereka dengan Ramadhan agar peserta dapat mempertingkatkan kualiti Ramadhan masing-masing. Urusetia juga telah menyediakan santapan berbuka puasa percuma untuk peserta yang hadir.
Biro Latihan HALUAN Kelantan dengan Kerjasama HALUANSiswa Kelantan telah mengadakan Mini Tamrin pada 28 Ogos yang lalu. Mini tamrin ini dikhususkan kepada ahli HALUANSiswa dari UM Nilam Puri dan KIAS. Program telah dijalankan di rumah Ustaz Adnan bermula sejak jam 10pagi lagi sehingga selesai solat tarawih.
Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.