Pasukan futsal dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan telah mengungguli pertandingan Futsal Relawan HALUAN Malaysia 2011 mengalahkan pasukan dari Kedah B dipertandingan akhir dengan jaringan 1 – 0 manakala pasukan dari Pulau Pinang 1 dan Kelantan berkongsi di tempat ketiga. Pertandingan ini telah diadakan di Kuantan Futsal Centre, Kg Tiram, anjuran bersama Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN Pusat dengan kerjasama HALUAN Negeri Pahang.
Category Archives: Pemuda
Futsal Relawan HALUAN Malaysia 2011: Wakil Kelantan Beroleh Juara dan Tempat Ketiga
Pemuda Luarbiasa: Bergerak Mengubah Dunia
Pemuda Pembawa Risalah Tauhid
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS Al-‘Ashr: 1-3)
Mahaguru Alam
Pada hakikatnya anak-anakku, kalian merupakan mahaguru pada alam yang diciptakan untuk membawa manfaat kepada kehidupan insan. Mengajak dan membimbing orang lain kepada kebenaran dengan memperlihatkan contoh penuh hikmah. Selaku insan unggul, kalian seumpama nukleus yang mempunyai kekuatan untuk menarik elektron di sekelilingnya. Lebih kuat nukleus tersebut maka lebih banyak elektron mengelilingi orbitnya. Di mana keimanan yang mantap bertapak dalam jiwa akan segera merangsang dan mendesak jasad melaksanakan ubudiyah. Dengannya juga mampu mengajak orang lain melaksanakan ketaatan kepada Allah. Bagi memahami hakikat ini, mari kita singkap lembaran silam, ke satu zaman yang telah jauh berlalu tetapi tetap segar pengajarannya.
Kisah ini berlaku pada umat bani Israel ( Ashabul-Ukhdud )
Seorang ahli sihir raja yang telah tua, merasai dia telah hampir kepada ajalnya. Dia memohon raja mencarikannya seorang pemuda yang sesuai untuk diwariskan ilmu sihirnya.
Tautan Kasih 3: Remaja dan Rumahtangga
Program Tautan Kasih siri ke-3 diteruskan lagi untuk pelajar lepasan SPM bertempat di Homestay Berkat pada 14 – 15 April yang lalu. Program yang bermula selepas Isya’ ini dihadiri seramai 16 orang peserta remaja lelaki dan perempuan. Pengisian tentang persiapan membina rumatangga dakwah disampaikan oleh Dr. Ariff Rashid merupakan salah satu persiapan bagi remaja sebelum melangkah ke dunia IPT. Aktiviti barbeque dan majlis makan diadakan sebelum rehat minda sedikit sebanyak mengurangkan jurang di antara peserta. Selepas solat subuh dan bacaan al-mathurat, peserta mendengar kuliah subuh yang serba ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Mahmud Jaaffar berkisar tentang perjuangan Imam Hasan al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam yang disegani.
Program Tautan Kaseh / Qiamullail 2011 Remaja HALUAN
Ketereh, 3 March 2011 – buat julung-julung kalinya Kelab Remaja Haluan Kelantan telah mengadakan program Qiamullail 2011. Alhamdulillah pertemuan kali ini telah mengumpulkan seramai 11 orang remaja perempuan dan 6 orang remaja lelaki. Kesemua peserta telah berkumpul di Homestay Ketereh, Kota Bharu sebelum tibanya waktu maghrib.
Seusai solat Isyak berjemaah, peserta telah disajikan dengan sedikit peringatan ringkas dari Dr Mohd Arif Rasyid sebelum diteruskan dengan penyampaian dari Penasihat Kelab Remaja HALUAN Kelantan, Cikgu Mahmud Bin Jaaffar. Dr Mohd Ariff telah mengingatkan semua peserta bahawa pertemuan dan perpisahan mereka adalah hanya kerana Allah. Beliau turut berpesan agar menjadikan apa-apa profession yang diceburi sebagai wasilah bagi membuktikan pada dunia bahawa Islam itu tinggi.



