Kisah ini memang benar-benar berlaku.Disuatu pagi saya merawat seorang perempuan tua , berjalan perlahan-lahan menggunakan sebatang tongkat kayu. Wajahnya sangat uzur, keletihan dan jangkaan umur kira-kira 75 – 80 tahun.Saya melayan dia dengan baik sehingga selesai rawatan.
” Makcik datang dengan siapa ? tanya saya dengan ringkas.
” Makcik datang seorang aje doktor, makcik tumpang kereta orang kampung.. ” jawabnya dengan nada sayu.
Saya merenung wajahnya yang sangat uzur, berjalan pun hampir tidak mampu.Seolah-olah disebalik wajahnya yang tua itu tersembunyi seribu satu rahsia.Oleh kerana tiada pesakit lain, perbualan kami semakin rancak.
” Makcik tiada anak ke ? ” tanya saya
” Ada, tapi dia benci makcik, anak-anak dia pun di ajar untuk membenci makcik…” dia menjawab dengan suara yang sayu. Sebak dadanya.
Read the rest of this entry »




Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.
Seorang wanita Islam perlulah memahami kedudukannya sebagai wanita muslimah, sentiasa bermatlamat mencari keredhaan Allah s.w.t. dan iltizam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya dalam ruang lingkup yang ditentukan syara’.
Di mana jua kalian berada, di merata pelusuk tanahair tercinta maupun di perantauan yang jauh… dengan sukacita ibu menziarahi hati kalian beserta ukhuwah dan mahabbah kerana Allah semata-mata. Dengan harapan kita semua menepati maksud firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman an engerjakan ebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.