RSS

Kem Anak Soleh 2 HALUAN Kelantan Penuh Ceria

31 Dec

Sekolah Rendah Ugama Al-Hilal dibanjiri dengan keceriaan para peserta Kem Anak Soleh 2 yang dianjurkan oleh HALUAN Kelantan dari 23hb hingga 28hb November baru lalu. Kem yang bertemakan “Membentuk Generasi al-Quran” itu telah berlangsung selama 6 hari 5 malam. Kem tersebut telah disertai oleh 85 orang anak-anak yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun, dan dibantu oleh seramai 3 orang fasilitator lelaki dan 15 orang fasilitator perempuan.

Antara objektif Kem Anak Soleh 2 ini ialah untuk memantapkan aqidah anak-anak, mendekatkan anak-anak semaksima mungkin, membiasakan anak-anak dengan suasana tarbawi, melatih anak-anak dengan ibadah khusus, membina syu’ur berjemaah, membina dan melahirkan kretiviti anak-anak dan melahirkan anak-anak yang berani, bijak berkomunikasi, berdisplin dan bersahsiah Islamiah.

Pada hari pertama kem tersebut, para peserta telah menjalani sesi ice breaking dalam bentuk aktiviti berkumpulan. AlhamduliLlah, menjelang hari kedua, para peserta telah mula pandai menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran. Sepanjang kem ini, mereka diajar cara-cara mengambil wudhuk dan solat, menghafal surah-surah pendik serta maknanya, doa-doa harian dan solat dhuha. Mereka juga telah dapat mendengar sirah-sirah para nabi dan cerita-cerita teladan. Para peserta juga disajikan dengan slot mind mapping yang telah disampaikan oleh En Rusdi Baharom. Mereka belajar cara-cara untuk membuat peta minda dan beberapa aktiviti berkaitan yang lain.

Siri persembahan dan lakonan banyak mendidik dan memaparkan bakat para peserta Kem Anak Soleh kali ini, lebih-lebih lagi apabila bakat mereka dipertontonkan kepada ibubapa. Para peserta juga dikejutkan dengan aktiviti treasure hunt. Mereka diuji dengan semua perkara yang diajar di dalam kem sebelum ini.

Ustaz Mohamad Noor Awang Kechik, iaitu seorang pensyarah dari UiTM Machang, mengisi slot terakhir tip-tip tarbiyyah anak–anak, manakala Ummi Maimunah Bt Hashim, pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim pula menyentuh hati dengan pengalaman tarbiyyah anak-anak yang dilalui. Kem kali ini disudahi dengan ucapan penutup oleh En Mohd Nasir Saat, Yang Dipertua HALUAN Kelantan. Di akhir Kem Anak Soleh 2 ini, pemberita akhbar Sinar Harian telah menemuramah Johan kreativiti tahap 1 dan tahap 2, memaparkan kejayaan demi kejayaan siri Kem Anak Soleh.

 
Leave a comment

Posted by on December 31, 2008 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: