RSS

Laporan Kem Minda Kreatif KeARAH Kelantan

31 Dec

Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelantan – Seramai lebih daripada 100 orang peserta, urusetia dan fasilitator dari KeARAH Kelantan telah berkumpul dari 15hb hingga 17hb Disember yang lalu bagi menjayakan Kem Minda Kreatif ke-2 (KMK2.) Kem yang bertema “Remaja dan Perubahan” ini merupakan kesinambungan daripada Kem Minda Kreatif yang terdahulu.KMK2 menekankan aspek pembangunan modal insan remaja yang akan mewarisi kepimpinan generasi masa hadapan. Para peserta telah didedahkan dengan nilai-nilai Islam yang universal, aspek pengurusan diri, pembinaan jati diri dari segi mental fizikal dan juga spiritual. Mereka telah dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang dan sahsiah yang terpuji.

Antara aktiviti yang menjadi kelainan di dalam KMK 2 ini ialah aktiviti outbound bermula seawal jam 3 pagi dan berakhir dengan memancing ikan keli. Peserta seterusnya memasak makan tengah hari mereka dengan hasil tangkapan mereka.

KMK2 telah diakhiri dengan acara penutup telah disempurnakan oleh penasihat Kem Minda Kreatif 2, Dr Mohd Ariff b Abd Rashid.

 
Leave a comment

Posted by on December 31, 2008 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: