RSS

Monthly Archives: February 2009

Ahead of Iraq Deployment, 37 Korean Troops Convert to Islam

Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath at ceremony to mark his conversion to Islam at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday. /Yonhap

Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath at ceremony to mark his conversion to Islam at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday. /Yonhap

“I became a Muslim because I felt Islam was more humanistic and peaceful than other religions. And if you can religiously connect with the locals, I think it could be a big help in carrying out our peace reconstruction mission.” So said on Friday those Korean soldiers who converted to Islam ahead of their late July deployment to the Kurdish city of Irbil in northern Iraq .

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on February 26, 2009 in English Section

 

Al Fatihah!

Kepimpinan HALUAN Kelantan merakamkan ucapan Takziah buat Akhi Azhar Ahmad sekeluarga atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah pada 19 Feb 2009, 3.00 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Semoga Akhi Azhar dan anak-anak tabah dalam menghadapi ujian ini dan semoga roh isteri beliau, Kak Ja ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

*Akhi Azhar Ahmad kini merupakan Penolong Setiausaha HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2009 in Pengumuman

 

Syeikh Izzuddin Al-Qassam: Murabbi Sufi Agung Yang Syahid

photo-izzuddinq3Nama Izzudin Al-Qassam sering kita dengari dari corong-corong radio atau kaca televisyen tambahan kebelakangan ini apabila Gaza diserang. Apa yang kita tahu ia adalah nama bagi sebuah briged, sayap kanan kepada HAMAS dan juga nama yang diberikan kepada roket buatan sendiri oleh HAMAS yang gunakan bagi menyerang Israel. Tahukah anda ia merupakan nama seorang ulama’ yang  dikurniakan oleh Allah dengan syahid. Siapakah Izzudin Al-Qassam ini ? Apakah kehebatannya hingga menjadi kebanggaan kepada para pejuang Palestin ? Nama beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria. Keluarganya amat berpegang kuat dengan ajaran Islam. Bapanya seorang guru Al-Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafaz Al-Quran. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun sekitar tahun 1906. Sewaktu menuntut beliau sempat belajar daripada tokoh terkenal, Syeikh Muhammad Abduh r.anhu dan bersahabat dengan Syeikh Muhammad Rashid Redho. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2009 in Palestin

 

Pemuda dan Perubahan

“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).

soalat-hajat1Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.

Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya ‘Qawamah’ (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan “Perubahan” dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku. Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2009 in Mahasiswa dan Pemuda

 

Ni’mat Untuk Seorang Da’i Dan Balasan Kaum Yang Mengingkari Da’wah

quranTAFSIR SURAH YASIN AYAT 20 -32 :

NI’MAT UNTUK SEORANG DA’I DAN BALASAN KAUM YANG MENGINGKARI DA’WAH

20. Dan telah datang dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas, ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah rasul-rasul itu.


21. Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu, dan mereka (rasul-rasul) adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.


22. Mengapa aku tidak menyembah (Rab) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?


23. Apakah wajar bagiku menyembah tuhan-tuhan selain-Nya, jika (Allah) yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, nescaya syafa’at mereka (tuhan-tuhan itu) tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?


24. Sesungguhnya aku, kalau begitu (jika berbuat demikian), pasti berada dalam kesesatan yang nyata.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2009 in Tarbiyah

 

125 hadir ke Program Taklimat Ziarah Hospital

Pada 30 Jan yang lalu. HALUANITA Kelantan telah berjaya menganjurkan  Program Taklimat Ziarah Hospital yang diadakan di dewan Kolej Teknologi Darulnaim mulai jam 9.00pg – 12.00tgh. Seramai 125 ahli HALUAN telah hadir sebagai persiapan dalam menjayakan program ziarah hospital yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac kelak. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Marzuki, pegawai agama HUSM, Kubang Kerian. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2009 in Aktiviti

 

160 Ikuti Kursus Akar Umbi Kristianiti

auk1auk4 auk3 Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2009 in Aktiviti