RSS

160 Ikuti Kursus Akar Umbi Kristianiti

03 Feb

auk1auk4 auk3 PENGKALAN CHEPA – Biro Haluanita dan Kelab HALUAN Fitrah Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim dan PERKIM Cawangan USJ-Subang Jaya telah berjaya menganjurkan “Kursus Akar Umbi Kristianiti dan Huraian Kekeliruan Penganutnya” pada 30 dan 31 Januari 2009 lalu bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim, Jalan Padang Golf, Pengkalan Chepa, Kelantan. Seramai 160 peserta yang terdiri dari kalangan masyarakat seluruh negeri Kelantan, ahli HALUAN Kelantan, para Mahasiswa dari IPTA dan IPTS, kakitangan kerajaan, wakil badan-badan NGO dan saudara-saudara baru termasuk 6 orang peserta dari kalangan non-Muslim telah menyertai kursus ini.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih kader-kader pendakwah Islam tentang asal-usul agama Kristian agar menjadikan mereka pendakwah yang berilmu dan terlatih untuk melaksanakan “reverse-dakwah” kepada golongan misionari, penggiat agama mereka, rakan sekerja dan juga jiran-jiran yang beragama Kristian. Caranya ialah dengan memperolehi ilmu asas di peringkat akar umbi mengenai agama Kristian untuk menyenangkan kerja-kerja mendakwah kebenaran Islam kepada mereka menggunakan kitab Bible mereka sendiri sebagai hujjah. Pendekatan kursus ini ialah “berdakwah secara berhikmah, berhemah dan berkasih-sayang kepada si pendengar” tanpa ledakan emosi.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah jemputan dari PERKIM cawangan USJ-Subang Jaya iaitu Ustaz Mohd Amin Bin Yaacob. Kursus yang dijalankan ini menyentuh hal-hal pokok mengenai Kristianisasi.

Dalam ucapan penutup kursus tersebut, Tn. Hj Mohd Nasir Bin Saat selaku YDP HALUAN Kelantan telah menyarankan agar program dakwah kepada bukan Islam perlu dirancang dan diatur dengan lebih aktif agar sasaran dakwah semakin terbuka dan tidak hanya tertumpu kepada orang Islam sahaja. Diharapkan penubuhan Kelab HALUAN Fitrah ini akan dapat membantu pihak berkuasa Agama untuk mengembangkan lagi dakwah Islamiyah kepada masyarakat orang asli, saudara-saudara baru muslim dan yang masih belum Islam.

Pihak urusetia HALUAN Kelantan bersyukur di atas sambutan serta kelancaran kursus yang julung kalinya diadakan di Kelantan ini dan yakin kursus seumpama ini akan dapat diadakan dengan lebih baik dengan sokongan ahli dan pihak berkuasa Kelantan di masa akan datang. Respon dari peserta adalah amat positif dan ada beberapa saranan yang baik telah diterima bagi memperbaiki lagi mutu penganjuran kursus ini. Semoga usaha kerdil ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dapat mendekatkan diri kita kepadaNya.

Laporan oleh:
Ahmad Hafiz Bin Jaafar
Pengerusi Kelab HALUAN Fitrah Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: