RSS

Monthly Archives: March 2009

Mitos Israel

mythIsrael adalah sebuah entiti ‘haram’ yang mengamalkan ideologi pengembangan atau penjajahan (expansionist). Ia tidak pernah mengisytiharkan sempadan daerahnya dan berkeras untuk tidak melakukannya. Oleh yang demikian, penduduk Palestinlah yang akan menjadi mangsa kerana tidak ada seincipun tanah milik mereka yang selamat daripada diambil alih oleh Israel.

Untuk menyembunyikan kesalahan dan jenayah yang dilakukan, mereka mencipta banyak ‘fakta’ palsu, mengubah fakta sejarah tertubuhnya negara Israel dan ‘fakta-fakta’ ini disebarluaskan di dalam buku-buku teks sekolah dan pelbagai saluran lain. Banyak mitos telah timbul akibat usaha ini dan ianya diguna secara meluas oleh mereka yang simpati dengan Israel sebagai alasan untuk meng’halal’kan tindakan Israel.

mitos 1:
Palestin adalah tanah tak berpenghuni sebelum 1948

“Satu kawasan tak berpenghuni untuk mereka yang tiada tempat menghuni” – Israel Zangwill

Kalimat tersebut menjadi kata-kata keramat bagi meyakinkan orang-orang yahudi supaya berpindah ke penempatan Zionist di Palestin. Sehinggalah tahun 1904 apabila Zangwill menyedari tentang kesilapannya. Di dalam ucapannya di New York, beliau menyatakan:

” Terdapat.. satu permasalahan besar yang tidak berani disentuh oleh Zionist.. bumi Palestin telahpun mempunyai penghuni. Bandar Jurusalem mempunyai dua kali ganda kepadatan penduduk berbanding Amerika Syarikat, dengan 52 penduduk bagi setiap batu persegi, dan orang Yahudi tidak lebih daripada 25 peratus.” – Israel Zangwill

mitos 2:
Zionist punya hak dari segi sejarah/agama terhadap bumi suci (Holy Land)

Fakta:
Yahudi Ortodoks percaya bahawa ajaran Taurat hanya membenarkan kepulangan ke bumi Palestin melalui bantuan langit (ketetapan Tuhan). Usaha manusia untuk menubuhkan kembali negara Israel adalah dikira bertentangan dengan ajaran agama (haretic) dan ramai rabbi yahudi ortodoks mengutuk Theodore Herzl dan Zionisme secara terbuka.

mitos 3:
Zionisme dan Judaisma (Agama Yahudi) adalah sama

Fakta:
Theodore Herzl (pengasas Zionisme) bukanlah orang yang beragama, dan Zionisme merupakan doktrin nationalis yang terpisah sepenuhnya daripada agama. Sebahagian petikan daripada dairinya termasuk yang berikut:

‘.. Aku tidak mengikut kehendak agama..’ (Theodor Herzl: Dairies, Victor Gollanz, 1958)
‘.. Aku tak beragama (agnostic)..’ (p54 Theodor Herzl Dairies, passim)
‘.. Bagi aku, persoalan yahudi bukanlah persoalan sosial maupun agama.. ia adalah persoalan kebangsaan.. Palestin adalah bumi bersejarah kita yang tak dapat kita lupakan.. namanya sahaja cukup berkesan sebagai mewakili suara orang-orang kita.’

[Herzl, L’Etat Juif, p.209]

mitos 4:
Israel mendakwa dalam tahun 1948, penduduk palestin meninggalkan kediaman mereka secara sukarela dan pemimpin Arab menyeru penduduk berbuat demikian melalui siaran radio.

fakta:
Wartawan daripada Ireland menyiasat dakwaan ini dan mendapati ianya tidak berasas sama sekali. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan stesyen radio Zionist membuat siaran di dalam bahasa Arab menyuruh penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. [The Spectator, 12 Mei 1961]

Pengganas Zionist bertanggungjawab keatas pembunuhan beramai-ramai dan kekacauan yang menakutkan penduduk sehingga ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 dan 10 April 1948 telah dirakamkan dengan terperinci. Berita pembunuhan ini disebarkan secara meluas untuk menakut-nakutkan penduduk yang masih belum meniggalkan kediaman. Strategi Zionis berjaya dan ribuan penduduk Palestin mula meninggalkan kediaman dan harta benda mereka – dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang.

mitos 5:
Israel dijajah oleh orang Palestin

fakta:
Penggunaan terminologi ‘teroris’ dan ‘militan’ secara sengaja digunakan untuk merujuk kepada pihak Palestin dan ‘autoriti’ dan ‘askar’ digunakan untuk merujuk kepada pihak Israel telah berjaya mengelirukan ramai orang di dunia tentang hakikat konflik yang sebenar.

Satu kajian pada tahun 2004 oleh Universiti Glasgow mendapati ramai orang British mempercayai, berdasarkan laporan berita, bahawa orang Palestinlah yang menduduki Israel. Dalam tahun 2006, sebuah akhbar melaporkan bahawa Israel diduduki oleh orang Palestin, menunjukkan betapa ceteknya kesedaran umum tentang isu.

Adalah jelas Israel menduduki tanah Palestin. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 446, 465 dan 484, antara lain, menetapkan Tebing Barat, Jurusalem Timur dan Gaza sebagai tanah jajahan dan peruntukan di bawah Konvensyen Geneva ke-empat  bagi tanah jajahan adalah terpakai. Tambahan lagi, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) semasa membuat keputusan berkaitan pagar pemisah, menetapkan bahawa Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jurusalem Timur adalah sebuah tanah jajahan.

Mitos 6:
Arab memulakan perang 1967

fakta:
“Konsentrasi tentera Mesir di perbatasan Sinai bukanlah bukti Nasser [Perdana Menteri Mesir] benar-benar akan menyerang kita. Kita mestilah berlaku jujur sesama kita. Kita membuat keputusan untuk menyerang dia.” – Menachem Begin, Perdana Menteri Israel, Jun 1967

“Kita menghantar traktor pembajak ke kawasan yang tidak ada apa-apa di zon bukan militer (demilitarised area), dan kita sedar Syiria akan mula menyerang, sekiranya mereka tidak menyerang, kita akan arahkan traktor untuk terus maju, sehinggalah mereka rasa tergugat dan mula menembak. Kemudian kita akan menyerang balas menggunakan artileri dan juga tentera udara, dan itulah yang sebenarnya.”
– Moshe Dayan, Menteri Pertahanan semasa Perang 1967
– The New York Times, 11 Mei 1997

mitos 7:
Kritikan terhadap Israel/Zionist adalah anti-Semitik

Fakta:
Anti-Zionisme sering kali disamakan dengan anti-Semitik oleh penyokong Israel yang ingin menutup mulut pengkritik Israel, walau bagaimana benar sekalipun. Sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan Israel dan mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia akan dilabel dan dituduh sebagai anti-Semitik.

Hakikatnya, anti-zionisme adalah penentangan terhadap Zionisme sebagai gerakan politik antarabangsa yang ingin menubuhkan negara Yahudi secara eksklusif di bumi Palestin. Sifat negara tersebut adalah diskriminasi dan perkauman terhadap semua yang bukan berbangsa Yahudi, terutamanya kepada penduduk asal Palestin. Ramai para anti-Zionist menyokong kewujudan satu negara yang didiami oleh semua orang di sana, baik dari Israel atau Palestin tanpa diskriminasi.

Definisi anti-Semitik mengikut New Oxford Dictionary of English sebagai;

Semite: mereka yang bercakap bahasa Semitik, termasuk bangsa Yahudi dan Arab

Berasal daripada Latin moden, Semita melalui Latin yang asal daripada Greek Shem, anak nabi Nuh (as) di dalam Bible, dimana mereka ini dipercayai keturunannya.

Semitik: 1. berkaitan dengan atau merujuk kepada serumpun bahasa yang termasuk di dalamnya Hebrew, Bahasa Arab, dan Aramaic dan sebahagian bahasa kuno seperti Phonecian dan Akkadian, yang termasuk sebahagian daripada daripada rumpun Afro-Asiatic.

Semitik: 2. berkaitan dengan atau merujuk kepada orang yang menggunakan bahasa berikut; terutamanya Hebrew dan Bahasa Arab.

Adalah jelas bahawa Anti-Zionist dan anti-Semitik adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Anti-Semitik adalah sesuatu yang terkutuk tanpa pengecualian, namun anti-Zionist adalah satu posisi yang dibolehkan.

<!– –>

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2009 in Palestin

 

Sekitar Program Maulidur Rasul HALUAN Kelantan

Pameran HALUANPalestin

Pameran HALUANPalestin

Pameran HALUANPalestin

Pameran HALUANPalestin
Pameran HALUANPalestin

Pameran HALUANPalestin

Antara Gerai Jualan Yang Di Buka

Antara Gerai Jualan Yang Di Buka

Sekitar 200 orang hadir mendengar Forum Perdana

Sekitar 200 orang hadir mendengar Forum Perdana
Moderator dan Panel Forum Maulidur Rasul

Moderator dan Panel Forum Maulidur Rasul

Majlis Penyampaian Hadiah Pelbagai Tilawah Al Quran, Mewarna dan lain-lain lagi

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Al Quran, Mewarna dan lain-lain lagi

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2009 in Galeri

 

Program Khidmat Masyarakat HALUAN Kelantan sempena Maulidur Rasul

Program Khidmat Masyarakat HALUAN Kelantan Kerjasama Sekolah Rendah Ugama Al Hilal, K.Bharu

Tarikh: 9 Mac 2009(Isnin)

Masa: 9pg – 11.00mlm.

Tempat: SERU Hilal (Belakang Sekolah Muhammadi (L)

Aktiviti: Musabaqah Al Quran, Pameran, Khidmat Kesihatan, Pertandingan Mewarna, Ceramah Palestin, Pameran Palestin, Pameran HALUAN, Forum Perdana Maulidur Rasul.

Orang ramai dijemput hadir.

Keterangan lanjut:

Hubungi SU HALUAN Kelantan –  Sdr. Md Muslim 013-9858759

 
Leave a comment

Posted by on March 6, 2009 in Pengumuman

 

Seminar Pembangunan Modal Insan 2009 (SEMAI)

bantinghaluan-copyProgram: Seminar Pembangunan Modal Insan 2009 (SEMAI)
Anjuran: Kolej Teknologi Darulnaim dengan Kerjasama Akademi Penyelidikan HALUAN Malaysia
Tarikh: 23 – 24 Mac 2009
Tempat: Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa, K. Bharu Kelantan.
Keterangan lanjut, layari: www.semaiktd.wordpress.com atau hubungi Sdr. Muhd Redha Ab Ghani 019-2209672

 
Leave a comment

Posted by on March 5, 2009 in Pengumuman

 

Pengumunan: Bengkel Pengucapan Awam HALUAN Kelantan

bantinghaluan-copyBengkel Pengucapan Awam HALUAN Kelantan
Tarikh: 20 Mac  2009
Tempat: Dewan Besar Kolej Teknologi Darulnaim
Masa: 8.30pg – 5.00ptg
Peserta: Ahli HALUAN sahaja
Anjuran: Biro Latihan Negeri Kelantan dengan Kerjasama Biro Latihan HALUAN Pusat.
Pendaftaran: Ustaz Adnan – 012 9603997

 
Leave a comment

Posted by on March 5, 2009 in Pengumuman

 

Ceramah dan Perkongsian Pengalaman Relawan HALUAN ke Gaza, Palestin

Jemputan ke Ceramah dan Perkongsian Pengalaman Relawan HALUAN ke Gaza, Palestin:

Sesi 1:

Tarikh: 7 Mac 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00pg

Tempat: Sekolah Rendah Islam Al Hilal, K.Bharu (Belakang SMU (A) Muhammadi (L)

Penceramah: Dr. Asmarawati – Medikal yang berpeluang berkhidmat di Gaza, Palestin.

Orang ramai dijemput hadir.

……………………………………………………………………………………………………

Sesi 2:

Tarikh: 7 Mac 2009 (Sabtu)

Masa: 3.00ptg

Tempat: Surau Institut Dakwah Islamiah PERKIM, P.Chepa

Jemputan untuk muslimat sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on March 4, 2009 in Pengumuman

 

RAHSIA DAN MANAFAAT DETIK-DETIK MALAM

qiamulailHasan Al-Banna Rahimahullah telah berkata mengenai rahsia agung detik-detik malam yang mahal. Perkataannya itu ditujukan kepada para da’i di jalan Allah. Kerana itu janganlah merendahkan nilai detik-detik malam dengan kelalaian.

Antara rahsia dan manfaat detik-detik malam ialah:


1. Dekat dengan Allah Subhanahuwata’ala.

Pada malam hari, seluruh ikatan duniawi terputus dari hati. Suasana malam yang senyap sunyi menimbulkan rasa tenang. Jika seorang mukmin mengulang-ulang kalimah Allah Ta’ala pada malam hari, ruhnya akan naik ke tempat tertinggi. Di aaat ini, akan banyak misteri ilahi terbuka untuknya, lalu ia merasa mudah mentadabbur Al-Qur’an dan memahami maknanya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

(Muhammad:24)

Ketika itulah kunci-kunci hati akan terbuka, hati menjadi bening dan ikhlas untuk Pencipta.

2. Orang mukmin akan terdidik dengan kesabaran.

Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Rabbnya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.

(Al-Baqarah: 45-46)

Pada ayat di atas Allah Subhanahuwata’ala menggandingkan sabar dengan solat. Ini kerana solat adalah jalan yang paling efektif untuk memantapkan kesabaran. Betapa perlunya para da’i bersabar di jalan-Nya kerana jalan-Nya berat dan sulit. Hanya orang-orang yang ditarbiyah di Sekolah Malam sahaja yang mampu menempuh segala kesulitan dan penderitaan di jalan Allah Subhanahuwata’ala.

Orang mukmin sejati menghadapi segala kesulitan dan penderitaan dengan gagah dan mulia, untuk menuju salah satu dari dua tujuan iaitu kemenangan atau mati syahid.

3. Solat waktu malam akan lebih khusyu’, melahirkan perasaan rendah diri dan mengharapkan rahmat Allah semata-mata.

Dari ayat di atas (Al-Baqarah: 45-46) menunjukkan bahwa orang yang sabar akan menjalankan solat dengan khusyu’, rendah diri, dan mengharap rahmat Allah Subhanahuwata’ala.

Orang yang solat tapi tidak bersabar di dalamnya akan merasakan seperti memikul gunung. Maka ia terburu-buru ketika solatnya seperti ayam mematuk makanan di tanah. Terhalanglah dirinya untuk mendapatkan khusyu’ dan kelazatan solat. Maka, tidak hairanlah solat itu pada pandangannya hanyalah berupa gerakan-gerakan anggota zahir tanpa makna. Semoga Allah Subhanahuwata’ala melindung kita dari sedemikian.

4. Menumbuhkan roh ta’awun (kerjasama), amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Jika seseorang yang beriman itu kerap membangunkan isteri, anak dan keluarganya untuk Qiyamullail, maka akan terbinalah akhlak yang baik dalam seluruh perkataan dan perbuatan keluarganya. Manfaat dari Qiyamullail akan dirasai semua pihak.

Orang beriman sedemikian akan cergas menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar di mana saja beliau berada atau singgah.

Dakwah yang pertama diperintahkan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah dakwah kepada kaum kerabat.

5. Melindungi diri daripada kemurkaan Allah Subhanahuwata’ala.

Roh yang kuat menjadi penggerak bagi orang-orang beriman menta’ati perintah Allah Subhanahuwata’ala dan meninggalkan tegahan-Nya. Maka terhindarlah beliau daripada kemurkaan Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(Ash-Shaf : 2-3)

6. Roh yang kuat akan memberi kesegaran kepada tubuh untuk berkerja di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Inilah persediaan asas yang perlu dibina oleh setiap mukmin.

Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan secukupnya kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

(Al-Anfal :60)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermaksud):

“Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”

(Riwayat Muslim, Ibnu Majah dan Iman Ahmad).

(Rujukan Silibus Tarbiah HALUAN: Risalah Iltizam Jilid 3)

 
Leave a comment

Posted by on March 4, 2009 in Tarbiyah