RSS

Monthly Archives: April 2009

Pengumuman: Kursus Ulum Syari’e HALUAN Kelantan

bantinghaluan-copyProgram:   Kursus Ulum Syar’ie HALUAN Kelantan

Tarikh     : 17 – 18 April 2009

Masa       : 9.00pg – 5.00ptg

Tempat  : Dewan Kolej Teknologi Darulnaim

Sasaran  : Ahli HALUAN Kelantan

Pertanyaan : Hubungi Cikgu Kamarudin Deraman 019-9104046

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2009 in Pengumuman

 

KULTIM 2: Aku dan Al Quran

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

quranApabila memperkatakan tentang Al Quran, apakah rasa hati yang ada didalam diri kita?  Apakah kita benar-benar percaya bahawa kitab tersebut adalah kitab yang diturunkan dari Allah swt melalui rasulNya, nabi Muhammad saw?  Apakah kita sedar tentang kebenaran yang terdapat didalamnya sehingga kita tiada pilihan lain dari menjadikan kitab tersebut sebagai panduan kehidupan bagi diri kita.  Apakah kita meneliti setiap apa yang diperkatakan agar kita tidak tergelincir dari apa yang telah ditetapkan didalam panduan yang diberikan.

Terlalu banyak kebenaran dan bukan tidak disengajakan atau kebetulan, namun kenapa hati kita tidak merasakan takut dan mahu menundukkan diri kepada Allah swt?  Hati kita begitu keras sehinggakan kita tidak mahu akur kepada apa yang kit abaca atau yang kita dengar dan kita selalu meninggalkan fakta yang ada dihadapan kita begitu sahaja tanpa kita mengunakan akal dan pemikiran kita untuk menilai apakah keagungan Allah swt yang telah kita lupakan.  Nikmat tuhan kita yang manakah yang telah kita abaikan sehinggakkan hati itu menjadi begitu keras untuk mengiktiraf Allah swt didalam kehidupan ini.

Mungkin kita menyatakan yang kita mengiktirafkan akan Allah swt sebagai rabb, namun persoalan yang perlu kita fikirkan adakah kita mematuhi segala arahan dan perintahNya. Sejauh manakah kita benar-benar berharap kepada Allah didalam keputusan yang mahu kita lakukan, sejauh mana kita befikir tentang segala ketentuan yang telah diberikan dan meletakkan segala yang berlaku penuh dengan kebaikan bagi menguji akan kehidupan kita yang sementara.  Adakah kita sentiasa memikirkan tentang kebesaran Allah swt sehinggakan kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt didalam kehidupan kita?

Terlalu banyak kebenaran yang terkandungan didalam alQuran dan tiada suatu ayat pun yang salah dengan fakta sains hari ini, tidak ada suatu buku atau kitab yang begitu sempurna melainkan AL Quran, tetapi mengapa manusia tidak mahu untuk menjadikannya sebagai panduan kehidupan.  Jika kita ingin memasang sebuah computer, kita akan meneliti segala panduan yang diberikan agar kita tidak akan melakukan kesilapan didalam memasang computer tersebut, kita takut sekiranya tidak mengikuti panduan yang diberikan kita akan melakukan kesilapan dan akan mengakibatkan kerosakan kepada computer tersebut.

Kitab Al Quran yang tidak pernah diketemui sebarang kesilapan sejak 1400 tahun dahulu, yang memberikan panduan kepada diri kita untuk hidup agar bahagia dunia akhirat, tetapi kecintaan kita kepada kita itu tidak sepenuhnya, kita tidak membaca dengan perasaan ingin mengambil apakah yang diajarkan hanya membaca sekadar untuk mengisi masa yang ada tanpa meneliti sejauhmana akan menyelamatkan diri kita didalam kehidupan yang sementara ini.

Marilah kita bermula untuk meneliti akan kitab tersebut untuk menjadikan diri kita begitu hampir kepada Allah swt.  AMIN.

 
 

PERBAIKILAH DIRI KAMU DAN SERULAH ORANG LAIN

Bersedia sebelum berdakwah

Sebelum kita mengajak manusia kepada Islam, hendaklah kita bersedia dengan persediaan ilmu, iman dan amal. Begitulah contoh yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di hari pertama baginda berdakwah

Usbah pertama

Baginda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memulakan dakwah dengan seorang diri. Kemudian, baginda mengumpulkan para sahabat atau sohibah yang hampir dengan baginda. Bermula dengan isteri baginda iaitu Sayidatina Khadijah Radhiallahu’anha. Kemudian, ahli keluarga baginda seperti Sayidina Ali Radhiallahu’anhu yang tinggal bersama baginda. Kemudian, sahabat yang terdekat iaitu Sayidina Abu Bakr Radhiallahu’anhu. Kemudian, melalui Sayidina Abu Bakr Radhiallahu’anhu, dakwah Islamiyah berkembang kepada Sayidina Usman bin Affan, Zubir bin Awwam, Abd Rahman bin Auf dan lain-lain. Inilah Usbah pertama yang bersama dengan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Usbah pertama ini dididik oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di belakang Bukit Safa’ iaitu di rumah Arqam bin Abi Arqam.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2009 in Tarbiyah

 

Laporan Liqa’ Tarbawi Remaja (LITAR)

Seramai 50 pelajar remaja dari 13 – 17 tahun telah berjaya menghadiri Liqa’ Tarbawi Remaja (LITAR) yang telah berlangsung di SERU Hilal, Kota Bharu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 – 17 Mac yang lalu sempena cuti sekolah telah adalah anjuran HALUANITA Kelantan. Peserta telah melalui pelbagai modul yang dikendalikan oleh fasilitator dari HALUANSiswa Kelantan dan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan. Program ini merupakan sebahagian inisiatif daripada  HALUAN Kelantan bagi membina remaja yang bijak dan matang dalam menguruskan diri mereka sendiri di samping membina kekuatan jiwa remaja dalam berhadapan dengan cabaran masakini.

 
1 Comment

Posted by on April 10, 2009 in Aktiviti

 

HALUANITA Kelantan anjur Seminar Kesejahteraan dan Kecemerlangan Pelajar

HALUANITA Kelantan terus mendidik dan berbakti lagi kepada masyarakat. Pada 14 MAC yang lalu, HALUANITA telah berjaya mengadakan Seminar Kesejahteraan dan Kecemerlangan Pelajar di Dewan Kolej Teknologi Darulnaim. Seramai 17 pelajar putera dan 46 pelajar puteri dari pelbagai sekolah menengah sekitar Kota  Bharu hadir menjayakan program selama 1 hari tersebut.

Antara aktiviti program yang telah dijalankan adalah Wacana bersama Pakar Psikologi Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Asmawati Desa, Sembang-sembang motivasi bersama tokoh-tokoh HALUANITA Kelantan dan pelbagai lagi aktiviti. Tahniah HALUANITA Kelantan dan semoga terus mekar di persada amal.

 
Leave a comment

Posted by on April 10, 2009 in Aktiviti

 

KULTIM 1: Peringatan Satu Keperluan

demi-masaMasa tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita, tanpa kita sedari dahulu kita kanak-kanak penuh dengan keriangan, tidak pernah memikirkan tanggung jawab, tidak memikirkan tentang kerja, tentang pelajaran, yang kita tahu hanya bermain dan bersuka ria.  Namun dengan masa berlalu usia semakin bertambah dan kita memulakan suasana persekolahan dengan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu -ilmu baru didalam mencari kejayaan kehidupan, kita belajar dari satu tahap kesatu tahap dan akhirnya kita berjaya menjejakkan kaki kita ke universiti dan berjaya mendapat segolong ijazah.

Masa terus berlalu dan kita mula ingin mendirikan rumah tangga, kita mencari pasangan dan bertemu, berkahwin dan membina keluarga bahagia yang kita idam-idamkan.  Masa terus berlalu kita punya cahaya mata seorang kemudian berdua dan terus bertambah, tanggung jawab semangkin banyak dan kita terus sibuk dengan amanah-amanah yang terus mendatang didalam kehidupan kita.  Kesibukan menyebabkan kita tidak sempat mempersiapkan diri untuk kematian, pangkat semakin tinggi, pendapatan semakin banyak dan perbelanjaan serta keperluan juga bertambah-tambah.

Kita terus sibuk dan masa terus berlalu, akhirnya tiba masa untuk kita berehat, tiba masa untuk kita berpencen, usia sudah hampir kepada penghujung, persediaan apakah yang telah kita sediakan untuk menanti saat kematian, harapan kepada Allah swt semuga diberikan kebaikan, namun apakah kita dipandang Allah swt?  Allah swt tidak melihat tindakan kita semata-mata tetapi allah swt melihat apa yang ada didalam hati kita, sejauh manakah keikhlasan dalam amal yang kita lakukan, sejauh mana kita berharap redza Allah swt didalam kehidupan kita?  Adakah kita mengharap pujian manusia dalam kita berkomunikasi? Mengharap balasan didalam kita beramal dan segala-gala untuk dunia semata-mata.

Kemanisan, kebanggan, kemashuran, kekayaan akhirnya akan berpisah dengan diri kita, kita akan meninggalkan segala-galanya dan yang akan bersama-sama adalah tiga perkara iaitu anak yang soleh, sedekah yang telah kita berikan dan juga ilmu yang telah diajarkan.  Mari kita semah persediaan harta yang telah kita sediakan, sebanyak mana kita telah mendidik anak kita agar mereka akan mendoakan kita selepas kita meninggal dunia nanti?  Sejauh mana hati-hati mereka akkan sentiasa berharap kepada Allah swt agar kita sentiasa diberikan kebaikan dan dijauhkan dari siksa kubur.  Sebanyak mana sedekah yang ikhlas yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita?  Sebanyak mana ilmu yang telah kita sampaikan kerana Allah swt semasa kita hidup untuk kebaikan manusia.

Mungkin kita boleh tuliskan satu demi satu harta daripada 3 perkara diatas yang telah kita sediakan agar apabila kematian hampir tiba kita telah bersiap sedia, bukan untuk berbangga tetapi untuk memastikan kita telah melakukan semakan sebelum kita memulakan perjalanan yang begitu jauh yang tidak tahu bagaimanakah penghujungnya. Marilah kita sama-sama memulakan persediaan dari sekarang agar kita bersedia apabila kematian tiba.

 
 

US Muslims Remember “Pioneer” Leader

WASHINGTON — American Muslims are mourning Dr. Ahmed El-Kadi, a prominent leader who died this weekend after a life he spent sincerely serving Muslims and pioneering achievements that changed the face of the community.

“He was a role model for the American Muslims,” Sheikh Shaker El-Sayed, Imam of the Dar-Al-Hijra Islamic Center in Virginia and a longtime friend of Kadi, told IslamOnline.net.

“His leadership and guidance in pushing Islamic activities in America will always be remembered,” added Sayed, who is also head of the Muslim American Society (MAS).

The veteran Muslim leader and famed retired heart surgeon died Saturday in Panama City, Florida, at the age of 69.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on April 4, 2009 in English Section