RSS

KULTIM 1: Peringatan Satu Keperluan

05 Apr

demi-masaMasa tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita, tanpa kita sedari dahulu kita kanak-kanak penuh dengan keriangan, tidak pernah memikirkan tanggung jawab, tidak memikirkan tentang kerja, tentang pelajaran, yang kita tahu hanya bermain dan bersuka ria.  Namun dengan masa berlalu usia semakin bertambah dan kita memulakan suasana persekolahan dengan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu -ilmu baru didalam mencari kejayaan kehidupan, kita belajar dari satu tahap kesatu tahap dan akhirnya kita berjaya menjejakkan kaki kita ke universiti dan berjaya mendapat segolong ijazah.

Masa terus berlalu dan kita mula ingin mendirikan rumah tangga, kita mencari pasangan dan bertemu, berkahwin dan membina keluarga bahagia yang kita idam-idamkan.  Masa terus berlalu kita punya cahaya mata seorang kemudian berdua dan terus bertambah, tanggung jawab semangkin banyak dan kita terus sibuk dengan amanah-amanah yang terus mendatang didalam kehidupan kita.  Kesibukan menyebabkan kita tidak sempat mempersiapkan diri untuk kematian, pangkat semakin tinggi, pendapatan semakin banyak dan perbelanjaan serta keperluan juga bertambah-tambah.

Kita terus sibuk dan masa terus berlalu, akhirnya tiba masa untuk kita berehat, tiba masa untuk kita berpencen, usia sudah hampir kepada penghujung, persediaan apakah yang telah kita sediakan untuk menanti saat kematian, harapan kepada Allah swt semuga diberikan kebaikan, namun apakah kita dipandang Allah swt?  Allah swt tidak melihat tindakan kita semata-mata tetapi allah swt melihat apa yang ada didalam hati kita, sejauh manakah keikhlasan dalam amal yang kita lakukan, sejauh mana kita berharap redza Allah swt didalam kehidupan kita?  Adakah kita mengharap pujian manusia dalam kita berkomunikasi? Mengharap balasan didalam kita beramal dan segala-gala untuk dunia semata-mata.

Kemanisan, kebanggan, kemashuran, kekayaan akhirnya akan berpisah dengan diri kita, kita akan meninggalkan segala-galanya dan yang akan bersama-sama adalah tiga perkara iaitu anak yang soleh, sedekah yang telah kita berikan dan juga ilmu yang telah diajarkan.  Mari kita semah persediaan harta yang telah kita sediakan, sebanyak mana kita telah mendidik anak kita agar mereka akan mendoakan kita selepas kita meninggal dunia nanti?  Sejauh mana hati-hati mereka akkan sentiasa berharap kepada Allah swt agar kita sentiasa diberikan kebaikan dan dijauhkan dari siksa kubur.  Sebanyak mana sedekah yang ikhlas yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita?  Sebanyak mana ilmu yang telah kita sampaikan kerana Allah swt semasa kita hidup untuk kebaikan manusia.

Mungkin kita boleh tuliskan satu demi satu harta daripada 3 perkara diatas yang telah kita sediakan agar apabila kematian hampir tiba kita telah bersiap sedia, bukan untuk berbangga tetapi untuk memastikan kita telah melakukan semakan sebelum kita memulakan perjalanan yang begitu jauh yang tidak tahu bagaimanakah penghujungnya. Marilah kita sama-sama memulakan persediaan dari sekarang agar kita bersedia apabila kematian tiba.

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: