RSS

Monthly Archives: May 2009

Kem Anak Soleh (Kali ke 3)

Kem Anak Soleh Kelantan

Pengumuman

KEM ANAK SOLEH 3

anak soleh

Ia bertujuan untuk:

a. Menanam dan memantapkan akidah anak-anak

b. Memantapkan kefahaman tentang kepentingan dan keperluan solat

c. Melatih anak-anak tentang ibadat khusus

d. Membina dan melahirkan kreativiti anak-anak

e. Melahirkan anak-anak yang bersahsiah dan mempunyai qudwah hasanah yang baik

Pelbagai aktiviti menarik menanti anak-anak anda..

Peserta: 9 hingga 12 tahun

Tarikh: 10,11&12 jun 2009

Tempat: Rhu Datuk, Tok Bali

Bayaran penyertaan: RM50 seorang

Hubungi:

Dr.Mohd Arif- 013-9397959

Cg.Mahmood- 019-9838748

En.Ruqaimi- 019-7507710

Cg.Noziah- 014-5281453

Anjuran: Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2009 in Aktiviti, Pengumuman

 

Pengumuman: Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat HALUAN Kelantan
Tarikh: Jumaat 29/05/2009 – Sabtu 30/05/2009
Tempat: Kg Kubang Kerian, Bukit Panau, Tanah Merah.
Program Khidmat Masyarakat anjuran HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan masyarakat Kg Kubang Kerian, Bukit Panau, Tanah Merah.

Antara aktivitinya menarik: Majlis Forum Perdana, kenduri sekampung, gotong royong, pemeriksaan kesihatan oleh KKH, perlawanan bolasepak. Seramai 50 pelajar KTD akan menyertai program anak angkat.

Hubungi Sdr Manzur El Hasan di talian 019 918 0675 untuk keterangan lanjut.

 
Leave a comment

Posted by on May 16, 2009 in Pengumuman

 

Hubungan Yang Pertama: Iman Kepada Allah swt.

doaAllah s.w.t telah meletakkan amanah Iman, iaitu tanggungjawab yang paling besar ke atas kita supaya kita sentiasa menghubungkan diri dengan Yang Maha Esa, Allah s.w.t, tempat bergantung dan menyerah diri dan segala sesuatu datangnya daripada Allah s.w.t. Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, adalah milik Allah s.w.t. Inilah hubungan yang pertama yang mesti lahir di dalam jiwa kita. Hubungan yang besar dan luas, seluas alam semesta ini. Ikatan perhubungan di antara yang dicipta ( makhluq ) dengan Yang Maha Pencipta ( Khaliq), Allah s.w.t.

Hakikat keimanan ini perlulah meresapi , menjiwai sehingga ianya sebati dalam lubuk hati. Inilah hakikat hubungan yang pertama yang dituntut oleh Allah s.w.t sehinggalah perhubungan ini dapat melahirkan keberkesananny di dalam kenyataan hdup kita. Ia juga merupakan titik permulaan hidup manusia. Ini bererti setiap perkembangan hidup kita itu mestilah terpancar daripada asas perhubungan yang bersih ini.

Sejarah hubungan ini telah bermula sejak terciptaya manusia yang pertama di muka bumi iaitu Nabi Adam a.s dan dari saat itulah bermulanya sejarah hidup manusia itu sendiri. Sejarah hidup manusia ini mestilah selaras dengan hakikat penciptaan manusia dan alam ini sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t Yang Maha Pencipta danMaha Pengatur segala sesuatu. Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui untuk sampai kepada satu tahap kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya tentang hakikat kejadian manusia dan pencipta alam ini. Maka perlunya manusia itu kepada taufik dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 16, 2009 in Aktiviti, Tarbiyah

 

Kalaulah yang mati itu kita…

kematianAnda biasa mendengar berita kematian?

Biasanya, apabila kita mendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akan mengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihan yang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yang mati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.

Memang, kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT.

Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?

“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”

Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?

Bagaimana? Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 14, 2009 in Artikel

 

Pengumuman: Bengkel Coaching Untuk Ahli HALUAN Kelantan

Program: Bengkel Coaching dalam Dakwah

Tarikh: 15 Mei 2009 (Jumaat)

Masa: 8.00pg – 6.00ptg

Tempat: Dewan Kuliah Kolej Teknologi Darulnaim

Keterangan lanjut: Hubungi Ustaz Adnan 0129603997

 
Leave a comment

Posted by on May 4, 2009 in Pengumuman

 

Ziarah ke rumah pelajar cemerlang SPM 2008

Tulisan Sdr Zahir Zainuddin, AJK Biro Latihan HALUAN.

Kesempatan berada di Kota Bharu, Kelantan, telah memberi peluang kepada saya untuk mencari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa bagi membuat kunjungan ziarah ke atas keluarga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Beliau mendapat 19A1 dan satu A2, ayahnya seorang nelayan dan ibunya, Mariani Omar bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Untuk ke rumah beliau, saya berhenti di tiga tempat bagi mendapat petunjuk kedudukan rumahnya di kampung tersebut. Tempat pertama ialah sebuah gerai jualan bergerak di hadapan sebuah sekolah berhampiran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, manakala tempat kedua dan ketiga ialah kedai runcit di tepi jalan. Akhirnya, kedudukan rumah Nik Nur Madihah dapat juga ditemui iaitu di sebelah sebuah sekolah rendah dan lorong masuk ke rumah itu mempunyai pondok telefon dan sebuah bengkel kecil-kecilan.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on May 1, 2009 in Aktiviti, Remaja