RSS

Monthly Archives: June 2009

Anak-anak Terdidik di Kem Anak Soleh

TOK BALI – Sesuai dengan tema program Kem Anak Soleh 3 iaitu “Mari Mengasihi Allah,” HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah menganjurkan program yang dapat mendidik hati untuk generasi baru.

Kem ini disertai oleh seramai 134 orang peserta, terdiri 81 lelaki dan 53 perempuan. Manakala seramai 44 orang fasilitator yang terdiri pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah yang sedang bercuti turut berbakti membantu menjayakan kem ini.

Pengarah Program, En Ruqaimi Rabbani Abdullah, berkata bahawa program ini diadakan bertujuan untuk membentuk anak-anak yang berumur dari sembilan hingga dua belas tahun memahami asas penghayatan Islam yang tinggi dan menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, masa lapang mereka sepanjang musim cuti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau lagi, program ini juga dijadikan sebagai medan untuk fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan memberikan sumbangan kepada masyarakat selaras dengan moto HALUAN iaitu “berakhlak, mendidik dan berbakti.”

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2009 in Aktiviti

 

Galeri Khidmat Masyarakat di Bukit Panau, Tanah Merah

HALUANSiswa Kelantan Bersemangat Berbakti

HALUANSiswa Kelantan Bersemangat Berbakti

Akhi Redha Bersama Si Kecil (Umar Al Fateh) dan Akhi Zaini keletihan membuat persediaan pentas.

Akhi Redha Bersama Si Kecil (Umar Al Fateh) dan Akhi Zaini keletihan membuat persediaan pentas.

YB Abdul Patah Hj Mahmood merasmikan Program KHIDMAH HALUAN

YB Abdul Patah Hj Mahmood merasmikan Program KHIDMAH HALUAN

Solat bersama warga masyarakat

Solat bersama warga masyarakat

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on June 2, 2009 in Aktiviti, Galeri

 

Pengumuman: Seminar Halatuju Pelajar Muslim Abad Ke 21

Pengumuman Program

Seminar Halatuju Pelajar Muslim Abad Ke 21

Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 8.00pg – 5.00ptg

Tempat: Dewan Kuliah 6, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Darulnaim

Sasaran: Pelajar Tingkatan 6 rendah

Yuran Pendaftaran: RM 5.00 sahaja (termasuk minum pagi, makan tengahari dan fail penyertaan)

Keterangan lanjut: Hubungi Cik Farahiyah (013-3603292)

Tempat terhad!

Anjuran: HALUANITA Kelantan dan Akademi Penyelidikan HALUAN (APH) Kelantan

 
Leave a comment

Posted by on June 2, 2009 in Aktiviti, Pengumuman

 

Introducing Islam to People

IslamIn a world that is interlinked with Internet, mass media, and all other forms of communications, people should be more encouraged to know each other, as the methods of accessing such knowledge are available in a wide scale more than before.

The unfortunate thing, though, is that the more advanced we become, the more estranged, individualistic, and relaxed we tend to be. This affects us badly as we become less social, less challenging, and less independent.

The Arabic noun ‘Dawah’ comes from the stem (d – aa – a) which has been coined to refer to many meanings, including inviting others to something, praying to God, or invoking someone or something.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 2, 2009 in Artikel, English Section

 

Bekalan Sepanjang Hayat

Salam sejahtera beserta rahmat dan keberkatan dari Allah,

Istimewa buat puteri-puteri Islam sejati!

Sujud2Di mana jua kalian berada, di merata pelusuk tanahair tercinta maupun di perantauan yang jauh… dengan sukacita ibu menziarahi hati kalian beserta ukhuwah dan mahabbah kerana Allah semata-mata. Dengan harapan kita semua menepati maksud firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman an engerjakan ebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

Justru itu puteri-puteri harapan;

Ibu memohon limpah rahmat Allah untuk ibu mampu berkongsi sedikit bekalan bersama-sama kalian alam memenuhi keperluan hati nurani di sepanjang hayat yang Allah tentukan. Semoga dengannya kita beroleh pedoman ke jalan kebenaran.

Read the rest of this entry »