RSS

Anak-anak Terdidik di Kem Anak Soleh

16 Jun

TOK BALI – Sesuai dengan tema program Kem Anak Soleh 3 iaitu “Mari Mengasihi Allah,” HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah menganjurkan program yang dapat mendidik hati untuk generasi baru.

Kem ini disertai oleh seramai 134 orang peserta, terdiri 81 lelaki dan 53 perempuan. Manakala seramai 44 orang fasilitator yang terdiri pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah yang sedang bercuti turut berbakti membantu menjayakan kem ini.

Pengarah Program, En Ruqaimi Rabbani Abdullah, berkata bahawa program ini diadakan bertujuan untuk membentuk anak-anak yang berumur dari sembilan hingga dua belas tahun memahami asas penghayatan Islam yang tinggi dan menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, masa lapang mereka sepanjang musim cuti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau lagi, program ini juga dijadikan sebagai medan untuk fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan memberikan sumbangan kepada masyarakat selaras dengan moto HALUAN iaitu “berakhlak, mendidik dan berbakti.”

Program sebegini mengasah kemahiran dalaman dan memberikan sumbangan kepada masyarakat. “Harapan kepada program ini adalah sangat tinggi, iaitu supaya peserta yang hadir kali ini mendapat input semaksima dan pulang ke rumah mempraktikkan apa yang dipelajari,” katanya.

Sementara itu Kem Komander, Nik Hassan Syukri Nik Zainal Rasyed, berkata program ini bertujuan untuk menanam dan memantapkan akidah anak-anak. “Jika kita lihat hari ini gejala sosial makin lama makin parah kerana tiada pembentukan yang berlaku pada peringkat masih kecil lagi. InsyaAllah Kem Anak Soleh ini memberikan pendidikan dan pendedahan kepada golongan yang kecil ini yang membesar dalam acuan Islam,” ujar Nik Hassan. “Selain dari memberi kefahaman tentang kepentingan solat, kem ini membina dan melahirkan kreativiti yang bersandar kepada akhlak yang tinggi,” sambung beliau lagi.

Menurutnya, program ini adalah satu keperluan kerana kebejatan sosial sekarang. Beliau berharap program yang akan datang akan dipenuhi dengan lebih banyak modul.

Antara aktiviti yang menarik dijalankan adalah Ice Breaking, Kembara Malam, Senamrobik, Persembahan kehebatanku dan Surat Anak Soleh. Peserta turut diberi pengisian yang bertajuk “Siapa anak Soleh tu?” yang disampaikan oleh Pn Mumtazah Tumian dan “Mari Mengasihi Allah” oleh En Rosdi Baharom.

Lokasi kem yang indah membuatkan anak-anak yang menyertai kem mendesak untuk diberi kebenaran bermandi-manda di pantai. Akhirnya pihak urusetia membenarkan mereka mandi di pantai tersebut dengan pengawasan yang ketat.

Mudah-mudahan program ini akan diteruskan, memandangkan ianya mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat. Percapaian program ini melebihi sekali ganda sasaran awal iaitu 70 orang, di mana jumlah peryertaan sebenarnya adalah seramai 134 orang. Komitmen yang tinggi dari semua fasilitator, HALUANITA Kelantan dan pihak urusetia amat dihargai.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: