RSS

Monthly Archives: August 2009

Qiamullail dan Majlis Bersahur HALUANKelantan

Biro Kebajikan HALUAN telah mengadakan Majlis Qiamullail dan Sahur Jamai’e di Masjid Pachor Pengkalan Chepa pada 28 Ogos 2009 (Jumaat) yang lalu bermula jam 3.30pagi. Ahli yang hadir turut menikmati jamuan bersahur yang telah disediakan oleh urusetia program. Turut hadir, Timbalan Yang Di Pertua HALUAN Kelantan, Cikgu Kamarudin Deraman.

DSCN0188DSCN0187

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2009 in Aktiviti

 

HALUANSiswi anjur Bengkel Kajian Ramadhan & Ifthar Bersama

DSCN0186Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswi) Kelantan dengan kerjasama Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) KTD dan AJK Asrama telah mengadakan Bengkel Kajian Ramadhan (Siri 1) pada 27 Ogos yang lalu. Program telah diadakan di Surau Siswi Kediaman Tanjung Chat, Kolej Teknologi Darulnaim bermula jam 6.00 petang. Program ini terbuka kepada mahasiswi di asrama tersebut yang berminat untuk meningkatkan kefahaman mereka dengan Ramadhan agar peserta dapat mempertingkatkan kualiti Ramadhan masing-masing. Urusetia juga telah menyediakan santapan berbuka puasa percuma untuk peserta yang hadir.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2009 in Aktiviti, Mahasiswa dan Pemuda

 

Mini Tamrin HALUANSiswa Kelantan

pewaris haluanBiro Latihan HALUAN Kelantan dengan Kerjasama HALUANSiswa Kelantan telah mengadakan Mini Tamrin pada 28 Ogos yang lalu. Mini tamrin ini dikhususkan kepada ahli HALUANSiswa dari UM Nilam Puri dan KIAS. Program telah dijalankan di rumah Ustaz Adnan bermula sejak jam 10pagi lagi sehingga selesai solat tarawih.

Alhamdulliah 3 kertas kerja telah dibentangkan disepanjang program berlangsung. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ustaz Adnan dengan tajuk “10 Muwasofat Pemuda”.  10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang anggota dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyah, maka para dai’e tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di selimuti oleh Islam yang syumul dan membentuk individu muslim yang unggul. 10 muwasofat tersebut adalah:

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2009 in Aktiviti, Mahasiswa dan Pemuda

 

Seruan Ramadhan: Biarkan al Quran Menyentuh Jiwa Mu

Sejarah menyaksikan bagaimana generasi sahabat yang mendapat sentuhan keimanan dari Rasulullah SAW benar-benar tersentuh dengan al Quran. Kata Hassan Al Banna bagi mereka al Quran umpama arus elektrik, semakin sensitif jiwa mereka semakin terasa sentuhan al Quran.

“Hati mereka benar-benar tersentuh sehingga tidak ada sesuatu yang membatasi antara keduanya. Hati mereka berhubungan dengan arus tersebut, menyerapnya, kemudian memancarkan cahayanya, bergerak dengan gerakannya, terpengaruh oleh daya pengaruhnya. Semua ini dihidupkan dan dimunculkan oleh arus tersebut, digerakkan oleh tenaga iman sehingga melahirkan amal dan kesungguhan” (As Syahid Hassan Al Banna)

Ada sahabat yang menggeletar dan ada yang jatuh pengsan bahkan ada yang rebah dan terus meninggal dunia apabila mendengar ayat-ayat al Quran.

Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah pernah pada suatu malam keluar mengintai keadaan umatnya. Ketika sampai disebuah rumah dia lalu terdengar bacaan al Quran surah at Thur. Ketika sampai ayat yang ke 7 dan 8: “Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya”, ketika itu dia berkata, ini memang janji yang benar lalu dia terus rebah dan pengsan. Saidina Aslam yang bersamanya lalu menggendongnya pulang. Saidina Umar RA selepas itu sakit selama sebulan.

Pernah diriwayatkan bagaimana Abu Aufa membaca firman Allah SWT “Maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit; bagi orang-orang kafir tidak mudah.” (al Mudatsir:9-10), ia jatuh dari mihrabnya dan terus meninggal dunia.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2009 in Artikel, Ramadhan, Tarbiyah

 

Sujud Kemerdekaan

merdeka2Setiap dari kita terlalu inginkan kemerdekaan. Sekiranya diberi pilihan antara hidup mewah dan kemerdekaan maka manusia dengan jiwanya yang sihat akan memilih kemerdekaan. Kerana kemerdekaan itu terlalu berharga jika dibandingkan dengan kemewahan. Kemerdekaan menjadikan kita hidup bebas tanpa kongkongan. Kemerdekaan membenarkan kita memiliki diri kita sendiri, membina impian kita sendiri dan mengatur langkah untuk mencapai apa yang kita impikan. Kemerdekaan menjadikan bumi ini luas untuk diterokai dan menjadikan jiwa kita hidup, bergerak dan berkembang tanpa batasan.

Rasulullah SAW diutuskan kepada kita untuk membebaskan perhambaan kita kepada selain Allah SWT. Itulah hakikat kemerdekaan yang sebenarnya. Ibnu Taimiyah dalam kitabnya ’Al ’Ubudiyyah’ menjelaskan bahawa perhambaan kepada Allah SWT adalah kemerdekaan yang sebenarnya, sekiranya manusia itu tidak menghambakan dirinya pada Allah SWT maka ia akan memperhambakan diri kepada banyak perkara selain Allah SWT. Manusia mungkin menjadi hamba pada nafsunya sendiri, hamba pada kebendaan, kehendak masyarakat dan sebagainya.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2009 in Artikel

 

Seruan Ramadhan: Menangislah Untuk Rasulullah SAW

muhammad-sawMimpi yang saya alami beberapa tahun dulu benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap cinta saya pada Rasulullah SAW walaupun saya sebenarnya terasa malu mengungkapkan kata cinta padanya. Mimpi yang cukup panjang itu benar-benar memberi kesan yang cukup mendalam pada jiwa saya. Suatu malam, saya bermimpi berjalan bersama sebuah kafilah dalam satu musafir yang cukup jauh di padang pasir. Biasanya ketika mimpi kita akan rasai suasana yang ‘real’; kalau sakit kita akan rasa sakit dan kalau panas memang kita rasakan panas tetapi mimpi saya ini perasaannya terlalu berbeza.

Saya tidak dapat merasakan kehangatan padang pasir dalam mimpi saya ini kerana disebelah saya ada seorang lelaki yang benar-benar mengikat hati saya untuk sentiasa tertumpu kepadanya. Kami terus menempuh perjalanan yang panjang. Kami lewati satu penempatan demi satu penempatan. Setiap kali kami berhenti di suatu penempatan ada saja penduduk di situ yang datang menghampiri saya dan berbisik ketelinga saya “Yang bersama kamu itu adalah Rasulullah” lalu saya menjawab ‘bukan rasanya”.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2009 in Artikel, Ramadhan, Tarbiyah

 

Kepentingan Halaqah Tarbawiyah.

halaqahKeberadaan halaqah sangat penting untuk keberadaan umat Islam itu sendiri. Dengan terbentuknya pekerja-pekerja Islami melalui sistem pendidikan halaqah, maka di dalam tubuh umat akan lahir manusia yang senantiasa berdakwah kepada kebenaran. Jika jumlah mereka semakin ramai seiring dengan merebaknya sistem halaqah, maka umat Islam akan menjadi ‘sebenar-benarnya umat’. Bukan lagi sekadar bernama ‘umat Islam’ tapi kehadirannya jauh dari nilai-nilai Islam seperti yang kita saksikan saat ini.
Dengan merebaknya sistem pendidikan halaqah, proses pembentukan umat yang Islami (takwinul ummah) akan mengalami perkembangan, hingga InsyaAllah umat yang benar-benar Islami akan menjadi kenyataan. Hal ini akan terserlah pada kehidupan manusia secara menyeluruh yang lebih berpihak pada nilai-nilai kebenaran dan keadilan.

Merebaknya halaqah juga bermanfaat bagi pengembangan peribadi (self development) para pesertanya. Halaqah yang berlangsung secara rutin dengan peserta yang tetap biasanya berlangsung dengan semangat kebersamaan (ukhuwwah Islamiyah). Peserta juga akan belajar bukan hanya tentang nilai-nilai Islam, tapi juga belajar untuk bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin terhadap aturan yang mereka buat bersama, belajar berdiskusi, menyampaikan idea, belajar mengambil keputusan dan juga belajar berkomunikasi. Semua itu sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang untuk mencapai tujuan hidupnya, iaitu berjaya di dunia dan akhirat.
Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on August 26, 2009 in Artikel, Tarbiyah