RSS

46 Mahasiswa IPTA/IPTS Kelantan hadiri PEWARIS

09 Aug

BACHOK,1 Ogos 2009 – HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim telah berjaya menganjurkan “Program Membina Generasi Pewaris (PEWARIS)” di Kampung Chat, Pantai Cham, Bachok dari 30hb Julai hingga 1hb Ogos 2009.Seramai 46 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS Kelantan seperti Kolej Teknologi Darulnaim (KTD,) Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) dan Kolej lslam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS.) Mereka juga diiringi oleh ahli-ahli HALUAN Kelantan yang turut memeriahkan program ini.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih pesereta dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program, mewujudkan persekitaran yang solehah, membentuk kesedaran dan kefahaman Islam serta membuka ruang kepada mahasiswa/i dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam program ini. Kertas-kertas kerja tersebut telah disampaikan  oleh penceramah-penceramah jemputan dari Universiti Teknologi Mara, Machang iaitu Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kechik dan dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) iaitu Tn. Hj. Rosdi Bin Baharom.

Para peserta juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan menziarahi penduduk sekitar Kampung Chat, Pantai Cham.

Ucapan penutup program telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Hakim Bin Mohammed selaku Naib Presiden 1 HALUAN Pusat.

Program kali ini telah berjalan dengan lancar dan respon dari peserta adalah amat positif dan ada beberapa saranan yang baik telah diterima bagi memperbaiki lagi mutu penganjuran program ini. Semoga usaha kerdil ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. InsyaAllah.

Laporan disediakan oleh,
Ahmad Hafiz Bin Jaafar
Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on August 9, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: