RSS

HALUAN Kelantan berkampung di perkampungan Orang Asli Jekjok, Gua Musang

09 Aug

HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah berjaya menganjurkan “Program Ziarah Dakwah” ke Perkampungan Orang Asli Jekjok, Gua Musang dari 15 hingga 18 Julai 2009 lalu.

Seramai 85 peserta yang terdiri dari kalangan ahli-ahli HALUAN Kelantan, pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM,) mahasiswa/i Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) serta doktor dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM,) Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu telah menyertai program ini.

Hampir 250 penduduk di perkampungan Orang Asli Jekjok telah mengambil bahagian menjayakan program ziarah ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dua orang dari penduduk kampung tersebut telah memeluk Islam sepanjang program ini diadakan.

Pihak HALUAN Kelantan bersyukur di atas sambutan yang menggalakkan dan berharap program seumpama ini akan dapat diadakan dengan lebih baik dengan sokongan ahli dan pihak berkuasa Kelantan di masa akan datang.

Dengan berlangsungnya program-program seperti ini akan dapat membantu pihak berkuasa Agama untuk mengembangkan lagi dakwah Islamiyah kepada masyarakat khususnya kepada orang asli.

Semoga usaha kerdil ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. InsyaAllah..

Laporan disediakan oleh,
Ahmad Hafiz Bin Jaafar
Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on August 9, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: