RSS

HALUAN Kelantan Anjur Futsal Al-Quds Challenge 2009

12 Aug
Menerima hadiah dari Pengarah Program, Sdr Ansari Abdullah

Menerima hadiah dari Pengarah Program, Sdr Ansari Abdullah

HALUAN Kelantan melalui sayapnya HALUAN Pemuda, HALUAN Siswa dan Kelab Remaja HALUAN  dengan jayanya telah menganjurkan pertandingan Futsal Al-Quds Challenge 2009 bertempat di Arena Futsal(Pengkalan Chepa) pada 25 Julai yang lalu. Sebanyak 13 buah pasukan dengan penyertaan lebih 100 orang peserta dari sekitar Kota Bharu telah mendaftar bagi merebut kejuaraan tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Nassir Saad Yang Di Pertua HALUAN Kelantan. Menurut Tn Hj Nasir, HALUAN bukan hanya sekadar menganjurkan futsal untuk hiburan dan meningkatkan kesihatan peserta, tetapi dalam masa yang sama mengajak para peserta yang majoritinya generasi belia turut sama prihatin dan cakna dengan permasalahan Palestin.

Menurut Pengarah program, Sdr. Ansari Abdullah, yang juga merupakan Ketua Biro Pemuda HALUAN, antara objektif pertandingan ini dianjurkan adalah untuk meningatkan kesedaran dikalangan remaja terutamanya terhadap penjajahan Israel laknatullah di bumi suci Islam Palestin disamping dapat meningkatkan lagi kesihatan dikalangan peserta. Ini bukan sahaja dapat menarik minat para remaja tetapi dapat melahirkan bakat-bakat pemain futsal remaja di bidang sukan khususnya.

Pasukan Pendek FC dari Kota Bharu secara rasminya telah dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan Cabana FC daipada Kolej Teknologi Darulnaim dengan jaringan satu tanpa balas. Hadiah sumbangan disampaikan oleh En Ansari Abdullah yang juga merangkap Pengarah program. Disamping itu pengarah program juga turut memberi ucapan penutup kepada para peserta agar selalu berdoa kepada saudara Islam kita di bumi Palestin di samping memboikot semua barangan Israel dan Amerika sebagai usaha altelnatif  untuk membantu Palestin serta berharap semua peserta sedar bahawa sukan juga merupakan juga salah satu  ibadah kepada ALLAH s.w.t.-

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: