RSS

Program Susulan HALUAN di Pohon Nenasi, Bachok

19 Aug

BACHOK, Kelantan – HALUANITA Kelantan dan Kelab Siswi HALUAN Kelantan (HALUANSiswi) dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berjaya menganjurkan “Program Gotong-Royong dan Ziarah Masyarakat Setempat” di Kampung Pohon Nenasi, Bachok pada 14hb Ogos 2009 lalu. Imi merupakan program susulan kedua HALUAN di kampung tersebut.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) diiringi oleh ahli-ahli HALUANITA dan HALUAN Kelantan telah menyertai program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk membentuk kesedaran dan kefahaman Islam di samping membuka ruang kepada mahasiswa/i dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh peserta program ini termasuklah gotong-royong membersihkan surau dan menziarahi hampir 50 buah rumah sekitar Kampung Pohon Nenasi. Alhamdulillah aktiviti seperti ini telah dapat memberi pengalaman bermakna kepada peserta dalam menyumbang bakti kepada masyarakat. Semoga mereka akan dapat meneruskan usaha mendidik dan berbakti ini supaya masyarakat mendapat manfaat yang lebih menyeluruh lagi.

Ucapan penutup program telah disampaikan oleh wakil HALUANITA Kelantan, Dr. Salwana Binti Mohyiddin.

Laporan disediakan oleh
Ustaz Ahmad Hafiz Bin Jaafar
Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: