RSS

190 Peserta Hadiri Seminar Keibubapaan & Remaja

23 Aug

IMG_0917HALUAN Kelantan melalui Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan HALUANITA  dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim telah berjaya mengadakan Seminar Keibubapaan dan Remaja yang bertemakan “ Remaja Berakhlak, Keluarga Bahagia”. Seminar setengah hari tersebut telah diadakan pada 1 Ogos 2009 di Dewan Besar Kolej Teknologi Darulnaim yang dirasmikan oleh Pn. Norizan Othman, Ketua HALUANITA Kelantan bagi mewakili Yang Di Pertua HALUAN Kelantan, Tn. Hj. Mohd Nasir Saat.

IMG_0915Alhamdulillah seramai 190 orang yang terdiri dari kalangan ibu bapa, belia dan remaja telah menghadiri seminar ini. Dua kertas kerja telah dibentangkan bertajuk “Cintaku Untuk Siapa” telah disampaikan oleh Pn. Noraini Eslah atau lebih dikenali sebagai Ummu Anas. Manakala Tn. Hj Rosdi Baharom telah menyampaikan kertas kerja ke dua yang bertajuk “Wahai Ibu dan Ayah, Bimbinglah Kami”. Diakhir program telah diadakan sesi dialog bersama kedua-dua pembentang yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Nor Awang Kechik. Pelbagai soalan telah diajukan oleh para peserta sehingga program terpaksa ditamatkan sekitar jam 1.30tgh. Pelbagai kaunter jualan juga di buka seperti jualan buku, produk HPA dan kaunter HALUANPalestin.

IMG_0915 IMG_0921

 
Leave a comment

Posted by on August 23, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: