RSS

Mini Tamrin HALUANSiswa Kelantan

30 Aug

pewaris haluanBiro Latihan HALUAN Kelantan dengan Kerjasama HALUANSiswa Kelantan telah mengadakan Mini Tamrin pada 28 Ogos yang lalu. Mini tamrin ini dikhususkan kepada ahli HALUANSiswa dari UM Nilam Puri dan KIAS. Program telah dijalankan di rumah Ustaz Adnan bermula sejak jam 10pagi lagi sehingga selesai solat tarawih.

Alhamdulliah 3 kertas kerja telah dibentangkan disepanjang program berlangsung. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ustaz Adnan dengan tajuk “10 Muwasofat Pemuda”.  10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang anggota dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyah, maka para dai’e tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di selimuti oleh Islam yang syumul dan membentuk individu muslim yang unggul. 10 muwasofat tersebut adalah:

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

10. Bermanfaat untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Kertas Kerja ke 2 telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua HALUAN Kelantan, Cikgu Kamarudin Deraman dengan tajuk “Ciri-Ciri Seorang Da’ie”.

Manakala Kertas Kerja terakhir telah dibentangkan oleh Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Pengurusan Usrah Berkesan”.

Selepas solat Asar, para peserta membentuk halaqah tadarus Al Quran. Halaqah berjalan sehingga jam 6.30petang. Kemudian program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama. Alhamdulillah majlis berakhir seusai solat tarawih.Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi HALUANSiswa Kelantan, Ustaz Ahmad Hafiz Jaafar dan AJK HALUANSiswa Kelantan.

Laporan: Unit Media HALUANKelantan

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2009 in Aktiviti, Mahasiswa dan Pemuda

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: