RSS

Monthly Archives: September 2009

Kg. Nenasi Bachok Dekat Di Hati

Sejak melancarkan program Pembangunan Minda Insan di Kg Nenasi pada beberapa bulan lalu, HALUAN Kelantan terus menggiatkan aktiviti yang dapat menjalin hubungan silatur rahim dengan penduduk di kampung berkenaan. Sebelum bermula bulan Ramadhan, anak-anak remaja Kg Nenasi telah dapat mengikuti program pembangunan diri yang diadakan di Ridsuan Resort.

Sebagai aktiviti susulan, penduduk kampung telah dapat bersama-sama mengeratkan lagi hubungan dengan ahli-ahli HALUAN melalui majlis berbuka puasa yang telah diadakan pada 11 September baru lalu. Kesempatan ini turut diambil oleh HALUAN Kelantan bagi memberi pendedahan kepada penduduk tentang konsep kekeluargaan, sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Walaupun ramai dari kalangan penduduk perlu menghadiri majlis-majlis lain yag diatur sempena bulan Ramadhan, alhamduliLlah hampir 300 orang telah dapat meluangkan masa menjayakan majlis bersama HALUAN yang diadakan di Dewan Serbaguna, Tadika dan surau Kampung Nenasi. Manakala 50 orang ahli-ahli HALUAN Kelantan turut serta menjayakan program seharian ini.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 29, 2009 in Aktiviti

 

Kualiti Seorang Pemaaf

maafAdakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?
Mungkin kita boleh berhenti dan berbincang seketika persoalan-persoalan ini. Mungkin selepas ini kita akan merasainya besar walaupun sebelum ini kita merasakannya kecil.

Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apa ”special”nya sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui sahabat itu amalannya macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiapkali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya….tak kira siapa.

Nah…sekarang ini adakah kita masih merasakan persoalan ini remeh?

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 29, 2009 in Artikel

 

Pasca Tarbiah Ramadhan: Bebaskah Kita Dari Api Neraka?

apiAllah SWT telah menentukan bahawa puasa, malah seluruh aktiviti yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan Ramadhan adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kini Ramadhan telah melabuhkan tirai.  Bagaimana keadaan kita?  Masih dalam pendakian menuju taqwa atau hari-hari menempuh Syawal yang berlalu begitu saja.  Kita melalui tamrin Ramadhan adalah untuk meningkatkan keyakinan kita kepada janji dan ancaman Allah SWT.

Saudara/saudari, putera/puteri yang dikasihi, marilah kita menerung dengan mata hati kita apa yang ditulis oleh Syeikh Umar Sulaiman Asqar mengenai syurga dan neraka. Apabila ana membaca hadith yang dikemukakan oleh Ibn Hajar ini hati ana sangat bimbang akan masa depan ana, anak-anak ana dan anak-anak didik ana kerana suasana kita tidak membawa kita kepada keyakinan yang kukuh kepada Hari Akhirat.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2009 in Artikel, Kepimpinan HALUAN, Tarbiyah

 

Virus Aktivis Dakwah

Erti Futur

fitnah pendakwahFutur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten dan rajin. Dalam konteks amal dakwah, ia adalah satu penyakit yang menimpa aktivis dakwah dalam bentuk rasa malas, menunda-nunda, berlambat-lambat dan yang paling buruk ialah berhenti dari melakukan amal dakwah. Sedangkan sebelumnya ia adalah seorang yang aktif dan beriltizam.

Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;

“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)

Bahaya Futur

Walau pun futur adalah sesuatu yang lumrah berlaku dalam diri manusia tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadits di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 23, 2009 in Artikel, Tarbiyah

 

Kepekaan Jiwa Da’ie

Kepekaan Jiwa Da’ie (Susunan: Tim Redaksi Biro Latihan HALUAN Pusat)

pemimpinDa’ie diharapkan memiliki darjah kepekaan yang sangat tinggi dalam menyerap kepentingan, hajat dan keinginan masyarakat, terutamanya keinginan kepada keamanan dan keimanan yang kadang-kadang berlaku di luar kesedaran mereka.

Syed Qutb pernah membayangkan dirinya berada di atas bukit yang tinggi dan membayangkan masyarakat sebagai kanak-kanak yang bermain dengan pisau tajam yang akan memudharatkan diri mereka sendiri

Abbas Assisi pernah suatu hari menangis melihat ummat yang rosak dan ketika itu Imam Hassan Al Banna mengatakan padanya “Sekarang baru kamu faham makna dakwah”. Inilah hakikat dakwah yang sebenar dimana kepekaan jiwa adalah ruh yang membekalkan tenaga dan ransangan yang menghidupkannya untuk terjun ke dalam masyarakat dan bergelumang dengan penyakit-penyakit yang cuba meruntuhkan ummat.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 22, 2009 in Artikel, Tarbiyah

 

Selamat Menyambut ‘Idul Fitri

idulFitri_018HALUANKelantan mengucapkan Selamat Menyambut ‘Idul Fitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

 
Leave a comment

Posted by on September 17, 2009 in Kenyataan

 

Tragedi Sabra & Shatila

Pembantaian di Shabra dan Syatila (PIC)

Pembantaian di Shabra dan Syatila (PIC)

17 Sept – Peristiwa memilukan yang tidak mungkin terhapus dari ingatan, pembantaian 16 September 1982, masih segar dalam memori warga Palestin yang penuh dengan penderitaan dan sarat dengan bencana dan kemunduran, kerana penjajah Zionis masih bermaharajalela sehingga sekarang. Peralatan yang mereka miliki untuk berbuat kejam pun terus dikembangkan. Pembantaian manusia, perobohan rumah dan bangunan serta penghancuran dan pembakaran ladang kebun adalah pemandangan sehari-hari. Kini, pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, di tengah-tengah lautan penderitaan dan kepedihan, kita diingatkan akan peristiwa pembantaian di Shabra dan Syatila.

Pembantaian Shabra dan Syatila

Pada 16 September, pada tahun 1982, Ariel Sharon dan tenteranya melakukan pembantaian paling biadab terhadap penghuni perkhemahan pelarian Palestin di kawasan Shabra dan Syatila di Libanon. Ribuan nyawa melayang di tangan makhluk-makhluk kejam. Tempat-tempat tinggal dirobohkan, sementara para penghuninya ada di dalamnya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on September 17, 2009 in Antarabangsa, Palestin