RSS

RAMADHAN SEBAGAI MADRASAH

10 Sep

ramadhan5Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus         التزام  kepada titah perintah Allah, Suruhan dan TegahanNya.  Dan marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam Bulan Ramadhan المبارك.  Bulan yang agung dan penuh keberkatan serti diliputi  suasana didikan dan  latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam ertikata yang sebenarnya (المتقين ).

Al Marhum Ustaz Saed Hawwa dalam kitabnya “ الاسلام “  pernah mengeluarkan kenyataan ‘ ورمضان فى الحقيقة مدرسة ‘ – Ramadan pada hakikatnya adalah umpama sekolah.  Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya.  Kelebihan dan fadhilatnya adalah ditentukan / ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Didikan pertama dan utama daripada Madrasah Ramadan ( مدرسة رمضان  ) adalah didikan Iman.  Sehubungan dengan ini Dr Muhammad al Bahi dalam kitabnya      “ الاسلام فى حياة المسلم  “ menyebut bahawa ‘رمضان شهر الايمان  ‘ – bulan Ramadan adalah bulan Iman,  kerana semua amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang yang benar-benar berpuasa di dalam Bulan Ramadan itu melambangkan amalan yang lahir daripada keImanan kepada Allah s.w.t dan memperlihatkan keteguhan Iman serta kekuatan hubungan dengan  “ تعاليم إسلامية  “  (ajaran Islam).

Sekaligus didikan Iman itu adalah didikan ruh – jiwa di tazkiyah (   تزكية   – disucikan) dengan didikan keImanan melalui ibadah صوم (puasa), قيام Ramadan, تلاوة القرءان, استغفار , doa’ dan lain-lain amalan syarie ( شرعى ) yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.  Dengan itu juga terdidik jiwa-jiwa yang ikhlas, murni, jujur melaksanakan semua amalan tersebut semata-mata kerana Allah s.w.t – taat dan berubudiyah hanyasanya kepada  Allah s.w.t.

Firman Allah dalam ayat 5 Surah al Bayyinah:

Bermaksud: “ Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah (beribadah kepada Allah) dengan penuh keikhlasan, menganut Deen Islam semata-mata kerana Allah, dan sentiasa mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, itulah Deen yang lurus (benar)

Disamping itu, melalui didikan daripada مدرسة رمضان  itu lahir jiwa ubudiyah (ibadah) dalam ertikata yang sebenarnya; kesan daripada jihad pada siang hari melalui ibadah puasa dan jihad pada malam hari melalui amalan قيام رمضان dan lain-lain amalan  syarie ( شرعى ) . Yang mana ianya akan melahirkan إنسان رَبَّانى yang benar-benar  berubudiyah  (beribadah) kepada Allah s.w.t yang dibawa bersama sepanjang hayat, bukan sahaja terbatas dan terkurung di dalam Bulan Ramadan sahaja bahkan dibawa jiwa ubudiyah (ibadah) itu ke dalam semua bidang (aspek) kehidupan sehinggalah insan itu dikembalikan ke rahmatullah ( رحمةالله ).  Jika demikian berulah menepati tuntutan ayat 56 dalam Surah ad Dzariyaat:

Maksudnya: “ Tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri (beribadah) kepada Aku (yakni kepada Allah s.w.t ). “

Sehubungan dengan itu Dr Abu Sarik Muhammad ‘Abdul Hadi  dalam kitabnya

“ أحكام الصوم والاعتكاف “ menjelaskan bahawa semua ibadat iitu  walaupun berbeza (berlainan) dari segi waktu-waktu perlaksanaannya dan bentuk serta kaifiatnya, namun semua ibadat itu bersatu pada matlamat dan halatujunya iaitu melaksanakan ubudiyah (ibadah – عبودية – menghambakan diri) kepada Allah s.w.t , menyerah kepadaNya semata-mata (penyerahan hati dan diri, mengabdikan diri kepada Allah s.w.t ).

Serentak dengan itu juga, Ramadan – melalui ibadah puasa, mendidik hati dan minda agar sentiasa ‘مُرَا قَبَة الله ‘ (yakni sentiasa sedar bahawa segala amalan, gerakkerja bahkan qasad ( قصد ) azam dan niat kita diketahui, dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t, sekaligus merasai kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, setiap masa dan dalam semua hal.

ان شاءالله, inilah yang dimaksudkan dengan jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Malaikat Jibril tentang ‘ الاِحْسَان  ‘  maka Rasulullah s.a.w menjawab :

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِن لَمْ تَكُنَ تَرَاهُ فَإِ نَّهُ يَرَاكَ

Di dalam hadis yang panjang daripada Umar bin al Khattab r.a yang diriwayatkan oleh  Imam Muslim.  Bermaksud: “  Hendaklah anda memperhambakan diri (beribadah) kepada Allah, seolah-olah anda melihatNya (Allah) dan sekiranya anda tidak dapat melihatNya (dengan mata kasar), maka sedarlah bahawa Allah s.w.t melihat anda. “

Sifat dan rasa  muraqabah Allah itu sangat penting dan perlu ada pada setiap orang yang berIman kepada Allah s.w.t.  Jika ada rasa مُرَا قَبَة الله itu maka tidak timbullah penyakit-penyakit masyarakat di kalangan orang-orang yang berIman.  Tidak timbul pengkhianatan, tidak timbul pecah amanah, tidak timbul rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang dilaknat Allah.  Tetapi sebaliknya akan lahir sifat-sifat yang terpuji, sifat-sifat yang mulia seperti jujur, amanah, bercakap benar, menepati janji, adil,  tawadhu’ dan sebagainya yang sememangnya dikehendaki dalam ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.   Sifat-sifat mulia dan terpuji tersebut adalah hasil-hasil  yang lahir melalui ibadah (ubudiyah) kepada Allah s.w.t., diantaranya adalah melalui ibadah الصوم  (puasa) dan didikan di dalam مدرسة رمضان  –  halatujunya dan matlamatnya melahirkan insan yang bertaqwa.  Dan insan yang bertaqwa  adalah menjadi tuntutan utama berdasarkan ayat 102 Surah ali Imran:

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang berIman, hendaklah anda semua bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah hendak kamu kembali kepada Allah ( meninggalkan dunia ini) melainkan kamu benar-benar Islam (benar-benar menjadi orang  taat, iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah s.w.t. ).

Ingatlah firman Allah lagi didalam ayat 63 Surah Maryam :

Maksudnya:  “ Itulah syurga yang akan Kami (Allah) wariskan kepada hamba-hamba Kami (Allah) yang bertaqwa.

Dan sambutlah arahan Allah lagi di dalam ayat 197 Surah al Baqarah :

Maksudnya:  “  dan hendaklah anda semua mengambil bekalan.  Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah “ التقوى “.  Bertaqwalah kepada Aku (Allah) wahai orang-orang yang beraqal “

Marilah juga kita renungi suatu puisi Islami yang memberi peringatan dan pengajaran besar untuk orang-orang yang berIman, antara maksudnya:

Ambillah bekalan Taqwa, Sesungguhnya anda tidak tahu

Apabila malam tiba, apakah mungkin anda hidup sampai fajar?

Betapa ramai orang yang sihat telah menemui maut tanpa diketahui sebabnya

Dan betapa ramai pula orang yang sakit terus hidup sezaman lagi

Dan betapa ramai anak kecil yang diharapkan panjang umur

Tetapi jasad mereka telahpun berada di dalam kegelapan pusara (kubur).

Dan betapa rama remaja petang dan pagi dalam kelekaan

Sedangkan kain kafan sudah ditenun (dijahit) tanpa disedarinya.

Ketaqwaan kepada Allah s.w.t perlu disuburkan dan diperteguhkan dalam jiwa dan  diri setiap orang yang mengaku berIman kepada Allah s.w.t agar orang Mukmin itu sentiasa terus menerus bertaqwa dan استقامة (tetap berada) di atas Jalan Allah sepanjang hayat sehinggalah ke detik hembusan nafas yang terakhir, yakni kembali mengadap Allah s.w.t.  Dr Abdullah Nasih Ulwan (رحمه الله) di dalam kitabnya “روحانية الداعية  “  juga Fadihat as Syeikh Abu Bakar Jabir al JazaaIri dalam kitabnya “ منهاج المسلم  “ telah memberi penjelasan bahawa disamping rasa مُرَا قَبَة الله – yang telah dijelaskan sebelum ini – maka perlu diperkukuhkan  ‘ مُعَاهَدَة ‘  (ikrar dan perjanjian) kita dengan Allah s.w.t.   Perjanjian berubudiyah kepada Allah s.w.t.  Hal ini telahpun diisyaratkan Allah s.w.t di dalam Surah al Fatihah  yang bermaksud:

Maksudnya:  “  Hanya kepada Engkau (Ya Allah), Kami perhambakan diri dan hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) Kami pohon pertolongan

Ikrar dan perjanjian  tersebut  bukan sekadar pengakuan lidah semata-mata, bahkan perlu dihayatinya dalam bentuk amalan ubudiyah (ibadah) kepada Allah s.w.t.

Seterusnya ketaqwaan perlu lagi diperkukuhkan dengan sentiasa ‘محاسبة’ diri, melihat kekuatan dan kelemahan diri, ibarat peniaga yang setiap hari menghisab kembali perniagaannya, melihat keuntungan dan kerugiannya.  Demikianlah orang Mukmin, setiap hari  perlu ‘محاسبة’ diri.  Jika terdapat sebarang  kecuaian dan kesalahan serta kejahatan, maka perlu kembali bertaubat  dan berاستغفار .  Manakala kebaikan dan amal soleh diteruskan.  Bahkan sewajarnya lebih tekun melaksanakannya.  Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam ayat 18 Surah al Hasyr :

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang berIman !.  Hendaklah anda semua bertaqwa kepada Allah dan  setiap orang hendaklah melihat kembali (muhasabah diri) terhadap apa-apa yang telah dilaksanakannya (yang dikemukakannya) sebagai persediaan untuk hari esok (Hari Akhirat).  Dan hendaklah anda semua bertaqwa kepada Allah.  Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa jua yang anda semua lakukan.

Disamping itu perhatikanlah dan fahamilah kata-kata Umar bin al Khattab r.a :

Maksudnya: “ Hisablah diri anda sebelum anda dihisab dan timbanglah diri anda sebelum anda ditimbang dan bersiap sedialah untuk menghadapi pembentangan agung (di Hari Akhirat).

Demikianlah antara pertunjuk-pertunjuk yang perlu diikuti dan diaplikasikan agar bertambah subur lagi teguh ketaqwaan yang telah menjadi matlamat asasi bagi semua jenis ibadah yang telah disyariatkan Allah s.w.t.  Khususnya ibadah puasa dan احيآء Ramadan yang sama-sama kita hayati sekarang ini.

Rujukan:

Khutbah Ustaz Haji Omar Salleh (Timb. Mudir MATRI)

 
Leave a comment

Posted by on September 10, 2009 in Artikel, Ramadhan, Tarbiyah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: