RSS

Ramadhan Bersama Ulama Palestin: Tahniah Rakyat Kelantan

15 Sep
Syeikh Abu Bakar (Kanan) dan Syeikh Abu Ahmad.

Syeikh Abu Bakar (Kanan) dan Syeikh Abu Ahmad.

Tahniah Rakyat Kelantan atas sambutan yang terus bersemangat di sepanjang roadshow Ramadhan Bersama Ulama Palestin anjuran HALUANPalestin dengan kerjasama Cakna Palestin Kelantan pada 11 Sept yang lalu. Hadirin begitu teruja dengan pesanan, nasihat dan seruan yang telah disampaikan oleh 2 orang tokoh ulama Palestin yang di datangkan khas oleh HALUANPalestin, iaitu Syeikh Sheikh Hussein Khalil Saqar al-Awawidah atau lebih dikenali sebagai Syeikh Abu Bakr, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin dan Sheikh Ziad Said al-Kishawi atau Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Kemanusiaan Rabithah Ulama Palestin.  Kehadiran mereka turut diiringi oleh Tn Hj Noorazman Shamsudin, Pengerusi HALUANPalestin dan Ustaz Zikrullah Abdul Fatah dari Sahabat Al Quds Indonesia.

Sejumlah 6 lokasi ceramah Palestin telah diadakan iaitu di:

1. Masjid Kg. Pendek – Kuliah subuh disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazman Shamsudin

2. Masjid Mukim Langgar, Kota Bharu – Kuliah Subuh disampaikan oleh Syeikh Abu Bakr

3. Kuliah Mingguan YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan – disampaikan oleh Syeikh Abu Bakr

4. Kuliah Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Yahya Petra, Machang disampaikan oleh Syeikh Abu Bakr

5. Kuliah bersama Mahasiswa di Kolej Teknologi Darulnaim oleh Syeikh Abu Bakr

6. Tazkirah Selepas Tarawih di Kariah Perkarangan Stadium Kota Bharu oleh Syeikh Abu Bakar

HALUAN Kelantan dan HALUANPalestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cakna Palestin Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan di atas kerjasama dan sokongan yang di berikan. Semoga Allah berkati usaha kita semua.

Pemuda HALUAN juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh kepimpinan HALUAN Kelantan. Syabas juga diucapkan kepada pasukan kru IT & Media, Jualan Barangan Palestin, Unit Dana, Unit Pengangkutan dan Unit Keselamatan dari Kelab Siswa HALUAN Kelantan di atas khidmat yang diberikan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Jutaan terima kasih juga kepada Mamu, bekas DJ radio Manis FM kerana turut membantu, juga kepada Hj Abu Samah dan En. Nazri dari Sekretariat Cakna Palestin kerana memberi ruang kepada HALUAN  mendidik dan berbakti . HALUAN Kelantan juga mengucapkan terima kasih kepada Ridel Hotel kerana sudi menaja majlis berbuka puasa para tetamu istimewa ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya atas bantuan anda sekalian.

 
Leave a comment

Posted by on September 15, 2009 in Aktiviti, Palestin

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: