RSS

Pesanan Syeikh Abu Bakr Kepada Umat Islam di Kelantan

15 Sep
Ulama Palestin 014

Syeikh Abu Bakr ketika menyampaikan tazkirahnya di Kota Bharu

Syeikh Abu Bakr (Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin) pernah 6 kali terperosok di penjara Israel. Beliau di tangkap atas tuduhan mengajar pemuda-pemuda Palestin tentang Islam. Di penjara Israel, beliau telah di siksa sehingga menyebabkan beliau buta.

Antara pesanan yang beliau sampaikan ialah beliau  mengatakan beliau mencintai kita kerana Allah, kerana kita semua adalah muslim.

Beliau memuji nenek moyang kita kerana memeluk Islam dengan menggunakan aqal dan berfikir dan bukannya kerana paksaan. Kemasukan nenek moyang kita ke dalam Islam adalah atas usaha dakwah yang telah di jalankan oleh para pendakwah terdahulu. Bererti kita memerlukan kepada ummah ini.

Justeru sebagai sebahagian dari umat Islam, beliau mengajak kita sama-sama berjihad membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin. Kita di sini berpuasa dalam keadaan yang aman damai. Namun saudara-saudara kita di sana berada dalam keadaan yang keperitan yang amat sangat. Menurut beliau, kategori jihad ini adalah pelbagai, iaitu jihad dengan harta, jihad dengan ilmu, jihad dengan tenaga, dan yang tertingginya ialah dengan nyawa. Beliau menekankan agar kita juga boleh melakukan jihad dengan banyak berdo’a. Do’a menurut rasul SAW adalah senjata mukmin dan juga adalah ibadah. Maka kita perlu banyak berdo’a agar Allah SWT membantu perjuangan Islam di Palestin.
Sheikh Abu Bakar juga membawa mesej dan pesanan dari wanita-wanita Palestin khusus kepada wanita-wanita Islam di Malaysia. Antara pesanan dari para wanita Palestin, kami telah korbankan  suami-suami kami dan anak-anak kami dengan syahid berjuang pada jalan Allah. Kami rela menjadi balu dengan mengorbankan suami-suami kami. Kami rela kehilangan anak-anak kami demi membebaskan Palestin dan Al Quds. Kami telah merelakan rumah-rumah kami musnah kerana dihancurkan oleh Zionis laknatullah. Kami rela untuk bertahan di sini demi mempertahankan bumi ambiya’ ini.

Persoalannya kepada anda wahai para wanita di Malaysia, apakah sumbangan anda? Apa yang akan anda jawab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti, dalam usaha membantu perjuangan Islam di Palestin?

Inilah mesej yang perlu kita sama-sama fikir-fikirkan.
Ulama Palestin 018
 
Leave a comment

Posted by on September 15, 2009 in Aktiviti, Palestin

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: