RSS

Monthly Archives: October 2009

Rahsia Membina Rumahtangga Bahagia

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  أَنَّ  رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ

(رواه الشيخان)– متفق عليه –

Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu  bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

walimahSesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
 

Life is Too Short!

akhirat2Salam alaykum

In this very short period of life, we often stumble upon instances that made us ponder, rethink and reminisce the episodes of life that we have passed behind…

At times, it made us reflect the actions, decisions, and paths that we chose….Those that made us walk along the stretch of road that we go through everyday, each playing its part in making us a more matured individual…a more knowledgeable person…a more humble servant

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Artikel, English Section

 

Pasukan 3 MKPadang HALUAN Kini di Pariaman Padang, Sumatera

25 Okt, Padang – Seramai 9 orang relawan dari Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang telah selamat tiba di Padang, Indonesia dalam usaha meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Salam Aidiladha


Get More Islamic Testi Here!

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Aktiviti, Pengumuman

 

Tarbiah dari Medan Amal: Misi Kemanusiaan Padang

Catatan Misi Kemanusiaan Padang 2

Padang HALUANHari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan orang dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan menjadi lebih sulit. Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras. Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang. Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tahu, mereka tetap ceria dan ketawa.

Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang.Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.

Ada ketikanya perlukan kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, ada yang minta punya ubat untuk ibu di rumah, lepas selesai, minta pula ubat cacing untuk anak. Terasa memang geram…tapi bila ingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mental setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terimakasih pak…”  dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas. Akhie Zailani (Ketua rombongan HALUAN) sungguh cekap dalam mengurus perjalanan klinik. Beliau seorang yang berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusiaan. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan ke Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk menjadi jurugambar kami.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Sifat-Sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam

MottoPenggabungan diri saya ke dalam agama Islam mewajibkan supaya saya hidup menurut cara Islam pada aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak, mewajibkan saya hidup menurut cara Islam dalam diri, rumah dan keluarga saya. Penggabungan diri saya ke dalam Islam juga adalah membawa erti bahawa saya diwajibkan supaya hidup untuk Islam, mewajibkan saya mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam, mewajibkan supaya saya menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan saya untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan Islam dan dapat meningkatkan pembinaannya.

Apabila saya hidup secara Islam dan untuk Islam, kehidupan saya itu mestilah mengikut lunas-lunas Islam dan corak yang dapat membezakannya daripada kehidupan orang lain. Di antara lunas-lunas dan corak tersebut ialah;

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 15, 2009 in Artikel, Tarbiyah

 

Generasi Al Quran Yang Unik

QuranDakwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

Ini adalah satu hakikat yang sememangnya berlaku dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapat menyelami rahsianya.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on October 15, 2009 in Artikel, Tarbiyah