RSS

Pasukan Pertama HALUAN ke Padang, Sumatera pada 7 Oktober

06 Oct

gempa padangHALUAN Malaysia telah bersiap sedia untuk menghantar pasukan pertamanya ke Padang dan Pariaman, Sumatera minggu ini untuk membantu mangsa-mangsa yang tercedera akibat daripada gempa bumi yang berlaku di sana. Seramai empat orang doktor perubatan lelaki dan wanita, dan dua orang kaunselor bencana dijangkakan akan berlepas daripada lapangan terbang KLIA pada pagi hari Rabu, 7 Oktober.

Presiden HALUAN, Profesor Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman berkata HALUAN meneliti keperluan terdesak mangsa berdasarkan maklumat terkini yang disalurkan melalui NGO-NGO tempatan di kawasan bencana dan merancang dari sini dengan membekalkan kepakaran serta barangan yang relevan untuk keperluan mangsa di sana. HALUAN didorongi pengalaman misi kemanusiaan yang lepas seperti semasa tsunami di Aceh dan Sri Lanka, gempa bumi di Pakistan, Beijing dan Jogjakarta serta misi-misi bencana tempatan seperti bencana banjir. Pasukan khas pertama doktor perawat ini akan bergerak di lapangan dengan kerjasama pihak NGO Indonesia seperti Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI.)

“Mereka memaklumkan kepada kami bahawa mereka kekurangan tenaga doktor, dan para perawat yang ada sudahpun keletihan kerana bekerja berterusan manakala banyak hospital yang rosak teruk dan ini menyukarkan kerja-kerja rawatan dan pemulihan trauma. Ketibaan pasukan medikal HALUAN ini diharapkan akan dapat membantu kes-kes perubatan yang dikendalikan oleh perawat Indonesia. Kami hulurkan bantuan ini atas semangat setiakawan jiran tetangga,” kata Dr Abdullah.

HALUAN akan membawa senarai ubatan yang kritikal di samping bekalan lain termasuk set generator elektrik, makanan segera siap-makan, kemah, barangan rapidiri serta derma wang tunai hasil sumbangan masyarakat Malaysia. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan MD; Pengerusi Biro Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan HALUAN menjadi Koordinator Misi Kemanusiaan Bencana Padang ini. Beliau berpengalaman luas dalam misi bantuan di Acheh, Pakistan dan Beijing. Menurut beliau, HALUAN merancang untuk menghantar beberapa misi lagi sehingga keadaan kembali stabil di kawasan bencana.

HALUAN mengalu-alukan sumbangan derma orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa melalui akaun

Tabung Kemanusiaan HALUAN
Bank Islam Malaysia
No akaun 14-023-01-002571-8.

Sebarang pertanyaan berkenaan misi dan sumbangan, sila hubungi Dr. Syed Haleem 0132044818 (HALUAN Pusat) atau Dr. Mansor Yahya 013-9835990 (HALUAN Kelantan)

Sekretariat Misi Kemanusiaan Padang, Sumatera
HALUAN Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on October 6, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: