RSS

Tarbiah dari Medan Amal: Misi Kemanusiaan Padang

22 Oct

Catatan Misi Kemanusiaan Padang 2

Padang HALUANHari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan orang dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan menjadi lebih sulit. Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras. Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang. Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tahu, mereka tetap ceria dan ketawa.

Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang.Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.

Ada ketikanya perlukan kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, ada yang minta punya ubat untuk ibu di rumah, lepas selesai, minta pula ubat cacing untuk anak. Terasa memang geram…tapi bila ingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mental setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terimakasih pak…”  dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas. Akhie Zailani (Ketua rombongan HALUAN) sungguh cekap dalam mengurus perjalanan klinik. Beliau seorang yang berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusiaan. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan ke Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk menjadi jurugambar kami.

Picture1Apabila menjelang maghrib, klinik ditutup sebentar. Kami dipelawa untuk menunaikan solat maghrib di rumah seorang penduduk berhampiran dengan klinik. Nasibnya agak baik kerana rumahnya hanya mengalami beberapa keretakan kecil. Ana kagum cara dia melayan kami.Dari percakapannya bolehlah dibuat kesimpulan yang dia amat gembira dengan rawatan dari kami (orang Malaysia). Klinik kemudiannya diteruskan sehingga jam 10 malam. Seorang penduduk wanita datang mendekati kami. Dia merupakan  antara yang aktif menguruskan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan. Dia kata “Kami sudah lama ngak senyum pak…tapi hari ini kami boleh tersenyum…” Dari raut wajahnya memang dia nampak ceria. Ana bertanya balik kenapa kata begitu. Dia jawab “ Sebab semua bapak disini baik-baik dan selalu tersenyum…kami senang sekali.” Terlintas difikiran, rupa-rupanya senyuman kita pun boleh menghilangkan stress dan membuat orang lain tersenyum

Sebelum berangkat pulang, seorang kanak-kanak menyelinap masuk menaiki kenderaan kami. Dia tidak mahu turun walau beberapa kali telah dipujuk. Semua orang ketawa melihat telatah budak itu. Kemudian kenderaan kami bergerak. Terasa sebak didada…kita kembali menuju kemewahan hidup. Sedangkan mereka terus tinggal diselimut penderitaan. Rumah tiada, makan pun susah. Siapalah yang sudi membantu mereka.Kita hanya bersimpati, tapi pernahkah kita menghulurkan sedikit wang untuk membantu mereka, melihat anak-anak menangis. hati terasa sayu…. Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian. Teringat akan maksud firman Allah “Berangkatlah kamu  sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah..” Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu  berdoa  kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.InsyaAllah kalau rajin jumpa lagi…

Dr. Mohd Arif Rasyid

Kelab Kesihatan HALUAN Kelantan

Menyertai Misi Ke 2 HALUAN ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: