RSS

Pasukan 3 MKPadang HALUAN Kini di Pariaman Padang, Sumatera

25 Oct

25 Okt, Padang – Seramai 9 orang relawan dari Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang telah selamat tiba di Padang, Indonesia dalam usaha meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.

Sdr Abd Basir Abd Ghani, yang juga merupakan Timbalan Setiausaha HALUAN Pahang, mengetuai pasukannya memberi khidmat bantuan berbentuk klinik bergerak dan kerja-kerja pemulihan ke kawasan pendalaman di sekitar wilayah Pariaman. Wilayah tersebut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa berskala 7.9 Ritcher yang melanda 30 September lalu, di mana banyak rumah-rumah dan prasarana, termasuk masjid, roboh atau rosak.

Menurut Ketua Biro Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhammad Haleem, relawan Pasukan Ketiga telah membawa bersama mereka bekalan ubatan, makanan-makanan berasaskan beras dan juga keperluan pakaian wanita dan anak-anak. “Kita berharap ubat-ubatan yang dibawa dapat menampung keperluan mangsa-mangsa di sana. Berdasarkan kepada laporan relawan-relawan HALUAN sebelum ini (Pasukan Pertama dan Kedua) yang berkhidmat di kawasan kampung-kampung sekitar Pariaman, kita masih memerlukan banyak bantuan ubat-ubatan asas seperti ubat batuk, demam dan selsema,” terang beliau.

Menurut Dr Syed Muhammad Haleem lagi, kerjasama erat di antara HALUAN dan NGO tempatan seperti Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan Pelayanan Rakyat Adil Sejahtera (PRAS) dapat melicinkan operasi bantuan relawan HALUAN. “Mereka membantu relawan HALUAN dalam hal logistik dan akses ke kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bantuan,” jelas Dr Syed Muhammad Haleem.

“Saya menyeru kepada masyarakat prihatin supaya dapat terus memberi bantuan kepada saudara kita di sana. Sebahagian daripada mereka masih lagi berada dalam fasa kecemasan, berhadapan dengan masalah keperluan sosial dan juga memerlukan bantuan psikologi. Bantulah mereka ketika mana mereka memerlukan bantuan, jangan kita bertangguh-tangguh sehingga mereka berputus asa dalam menghadapi masalah akibat musibah ini,” kata Dr Syed Muhammad Haleem.

Anda boleh menyalurkan bantuan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: