RSS

Monthly Archives: November 2009

HALUAN Kelantan Anjurkan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)

HALUAN Kelantan telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) bersama masyarakat Kg. Pohon Nenasi Bachok  kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 20 – 21 November yang lalu. Pada program kali ini penumpuan diberikan dalam aspek kesihatan dan kemahiran keibubapaan.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi, 20 November di dewan Orang Ramai Pohon Nenasi dimulakan dengan ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan. Dalam masa yang sama Kelab Siswa HALUAN mengadakan sesi soal selidik terhadap 50 buah keluarga Pohon Nenasi.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2009 in Aktiviti

 

Pengumuman: Kem Untuk Remaja

Terkini… 90 orang peserta telah mendaftar menyertai KMK 3.

Anda bila lagi? Cepat mendaftar sebelum terlambat. Tempat terhad kepada 120 orang sahaja… Hubungi wakil kami..

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2009 in Pengumuman

 

Haji dan Pengertian…

Raya Korban yang semakin mendekat ini, kita kenali dengan beberapa nama. Ada nama Aidil Adha, ada nama Hari Raya Korban, dan antara nama popularnya lagi adalah Hari Raya Haji. Semuanya adalah nama untuk hari yang sama, yakni 10 Zulhijjah.

Bagi saya yang pernah menjejakkan kaki ke tanah haram, melihat baitullah dan beribadah di tanah suci itu memang menjadi kerinduan. Terasa aman diri dan tenang hati di sana. Cuma tahun ini, saya tidak diizinkan Allah untuk menunaikan haji. Mungkin tahun hadapan insyaAllah. Memang seronok, mengerjakan haji memang impian setiap kita.

Namun, apakah yang kita dapat dari ibadah haji? Atau pada kita, ia kelihatan hanya satu tradisi bagi mereka yang berwang? Atau pada kita, ia hanya satu urusan yang memenatkan dan meletihkan, hanya dilakukan oleh yang berkemampuan? Atau pada kita, ia satu peluang membeli belah yang tiada taranya?

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2009 in Artikel

 

Ayuh Bersegera Lakukan Kebajikan

Syukur dan tahniah kepada sekretariat dan pasukan Misi Kemanusiaan Padang HALUAN yang diberi peluang mendidik dan berbakti di Pariaman, Sumatera Barat Indonesia akibat gempabumi. Segala perasaan dan pengalaman dikongsikan kepada ahli HALUAN dan masyarakat di sepanjang mereka di sana sehingga membangkitkan rasa tidak sabar kepada pasukan Misi seterusnya terjun ke medan amal.

Dalam masa yang sama, musim tengkujuh mula melanda negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia. Beberapa kawasan sudah mula di landa bah akibat lebihan hujan yang turun tanpa henti. Ini peluang kita beramal, berkongsi perasaan dan duka dengan mangsa-mangsa banjir.

Sempena Aidil Adha yang semakin hampir, pasukan misi ”korbankan lembu” sempena hari Korban juga bertungkus lumus mengajak umat Islam bersama HALUAN menyertai program-program korban HALUAN di perkampungan orang asli di Malaysia, program korban di Kemboja, Padang Indonesia dan Sri Lanka.

Manakala pasukan bantuan HALUAN untuk rakyat Palestin juga khabarnya baru pulang dari menziarahi perkhemahan pelarian Palestin disamping membawa bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2009 in Artikel, Kepimpinan HALUAN

 

Menjawab 3 Persoalan Hidup: Dr. Azizan Ahmad (Naib Presiden 3 HALUAN Malaysia)

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2009 in Galeri Video, Kepimpinan HALUAN

 

HALUAN Kelantan Hantar 5 Wakil Ke Kursus Pengurusan Jenazah di Putrajaya

15 November 2009, PUTRAJAYA – Unit Khidmat Sosial Masjid Putra, Putrajaya telah bekerjasama dengan HALUAN Malaysia bagi mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah 2009 di Dewan Kuliah 2, Masjid Putra. Kursus yang diadakan dari 14hb hingga 15hb November yang lalu telah dihadiri oleh seramai 50 orang ahli HALUAN. Ustaz Abdul Hamid Abdul Ghani menyampaikan kuliah

Peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai latarbelakang, antaranya para iman, ahli jawatankuasa Masjid, guru dan pengetua dan juga aktivis masyarakat. Barisan pemuda-pemudi HALUAN juga tidak ketinggalan menyertai kursus yang julung-julung kali diadakan ini.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 18, 2009 in Aktiviti

 

Relawan HALUAN Palestin Selamat Pulang Dari Kem Pelarian

Dr Kursiah (kiri) bersama Naib Pengerusi HALUANITA Puan Salmah Yono

17 November 2009, KLIA –

Pasukan relawan HALUAN Palestin pertama yang

menziarahi kem-kem pelarian Palestin di Syria selama seminggu telah selamat pulang ke tanahair dengan membawa seribu pengalaman dan kenangan.

Menurut Encik Abdul Halim Kudri yang merupakan timbalan ketua Misi, mereka sempat melawat serta merawat pesakit di beberapa buah kem-kem pelarian, termasuklah di Dar’aa, Tanf dan Hassakeh. Di sana, pasukan HALUAN Palestin sempat memberikan hadiah berbentuk pakaian dalam dan lain-lain keperluan asas untuk mangsa, terutamanya untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 18, 2009 in Aktiviti, Antarabangsa