RSS

Ceramah Perkongsian Relawan Misi Kemanusiaan Padang di SM Sains TMFP

04 Nov

Sains Petra 003“Kami beruntung terpilih menyertai Misi Kemanusiaan Padang,  Indonesia, hati kami semakin dekat dengan Allah, banyak pelajaran dan iktibar kami perolehi di sana. Mereka amat-amat memerlukan pertolongan dan sokongan kita.”

Sains Petra 004Begitulah antara rumusan perkongsian Dr. Mohd Arif Rasyid dan Dr. Saedah Ali dalam siri ceramah perkongsian mereka bersama pelajar-pelajar tingkatan 3, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra Pengkalan Chepa Kelantan.

Majlis dimulakan dengan pengenalan HALUAN oleh Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Kemudian ceramah dimulakan oleh Cr. Arif yang mengimbau kembali pengalaman beliau dalam Misi ke 2 HALUAN di Pariaman, Padang. Para pelajar begitu teruja dengan perkongsian dari Dr. Arid dan Dr. Saedah.  Pelbagai gambar, video  dan slide dihidangkan bagi mengajak para peserta mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa gempa bumi tersebut. Dr. Arif dan Dr. Saedah juga menceritakan bagaimana banyak NGO Kristian yang aktif dengan dana yang besar menyelinap masuk ke merata kampung pendalaman. NGO ini ada misi tersirat, ini yang membimbangkan.

Sains Petra 008

HALUAN Kelantan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, khususnya kepada Kaunselor sekolah, Cikgu Anuar dan Cikgu Diani kerana sudi memberi ruang kepada HALUAN mendidik dan berbakti di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra Pengkalan Chepa Kelantan.

Kepada mana-mana pihak, sekolah, IPT, agensi kerajaan, surau dan masjid yang berminat untuk menjemput relawan HALUAN menyampaikan ceramah perkongsian Misi Kemanusiaan Padang HALUAN, sila hubungi Dr. Mohd Arif Rasyid (013-9397959) atau Dr. Saedah Ali (019-9389499).

 
Leave a comment

Posted by on November 4, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: