RSS

Kelab Guru HALUAN Kelantan Berhimpun Mencari Redha Allah swt

05 Nov
Ucapan Presiden

Ucaptama Oleh Presiden HALUAN Malaysia

Kelab Guru HALUAN Kelantan telah mengadakan Tamrin Guru dan Pendidik HALUAN Kelantan pada 24 Oktober lalu di dewan Sekolah Rendah Ugama Al Hilal, Kota Bharu Kelantan. Menurut pengarah program, Cikgu Mahmud Jaafar, antara matlamat utama program tersebut adalah bagi menghimpunkan tenaga guru dan pendidik yang berhasrat dan bersedia menyalurkan idea dan tenaga ke medan dakwah dan tarbiah. Selain daripada itu, diharapkan melalui pertemuan ini akan dapat membangun dan menyemarakkan potensi diri serta keupayaan bekerja dalam konteks berubudiyyah kepada Allah swt.

Aturcara kemuncak dalam program tersebut adalah Ucaptama yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. Seramai 35 ahli HALUAN kalangan guru dan pendidik berusaha menghadam pesanan dan amanat dari Presiden HALUAN. Selesai ucaptama dari Dr. Abdullah, peserta membahaskan kandungan ucaptama melalui sesi bengkel dan menghasilkan resolusi gerakerja 2010.

Pada hari tersebut juga, Kelab Guru HALUAN Kelantan telah dilancarkan dengan rasminya. Semoga KGHK terus maju ke hadapan memacu dakwah dan tarbiah dengan akhlak maknawiyah, insyaAllah.

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: