RSS

Membina Mentor Yang Produktif dan Dinamik (1)

05 Nov

CIMG9261Mentor bererti pembimbing atau pendidik.  Mentor adalah orang yang bersedia samada secara mental mahupun fikiran untuk membimbing atau mendidik orang lain agar melakukan proses perubahan menuju tujuan yang dikehendaki. Ini bererti pada diri seorang mentor telah ada kesiapan mental dan fikiran untuk menjadi seorang mentor itu sendiri. Tanpa paksaan atau tanpa indoktrinasi dari orang lain atau dari persekitarannya. Kesedaran tersebut muncul dari konsep diri yang jelas tentang peranannya sebagai mentor iaitu mencari redha Allah swt dan memenuhi tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah swt.

Seorang mentor juga adalah orang yang memahami bahawa membimbing atau mendidik orang lain memerlukan proses. Tidak kaku dan tidak drastik. Di sini seorang mentor mesti memiliki pengetahuan tentang cara-cara membimbing orang lain secara berproses. Selain itu juga ia mesti memiliki sifat sabar terhadap proses perubahan dari orang yang dididiknya, yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama.

Dalam mendidik atau membimbing orang lain, seseorang mentor juga harus memiliki tujuan, sehingga proses perubahan itu berjalan dengan target yang jelas. Tanpa tujuan yang jelas, proses perubahan akan berjalan tanpa arah, tanpa kepastian, dan tanpa motivasi yang tinggi. Maka itu sebelum menjadi mentor, sang mentor perlu terlebih dahulu memahami tujuan dari proses perubahan yang diinginkannya dari orang yang di didiknya.

Apa yang dimaksud konsep diri seorang mentor?

Konsep diri adalah gambaran atau persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri. Konsep diri dipengaruhi oleh pendidikan dan persekitaran seseorang. Ia juga dipengaruhi oleh faktor genetik, tetapi hal ini lebih kecil pengaruhnya dari faktor persekitaran dimana seseorang dididik dan dibesarkan.

Secara umum, konsep diri terbahagi kepada dua. Konsep diri positif dan negatif. Konsep diri positif adalah konsep diri yang mendorong seseorang untuk maju dan berjaya untuk meraih tujuan kemanusiannya. Sebaliknya, konsep diri negatif adalah konsep diri yang menghambat seseorang untuk maju dan berjaya meraih tujuan kemanusiaannya. Apa yang dimaksud dengan tujuan kemanusiaan disini adalah tujuan besar yang membuat manusia berhasil menilai dirinya secara benar, baik dalam ukuran duniawi maupun ukhrawi.

Ketika kita berbicara tentang konsep diri seorang mentor bererti kita berbicara tentang sebahagian dari konsep diri kita secara utuh. Ertinya, dalam konsep diri seorang mentor, ia memahami bahawa salah satu peranannya (bahkan peranan terpentingnya) adalah sebagai mentor. Ia berupaya dengan kesedaran konsep dirinya tersebut untuk menjadi mentor yang berkualiti dan sentiasa bercita-cita meraih kemajuan sebagai mentor.

Bersambung…

Disunting dari Life Management

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2009 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: