RSS

Catatan HALUANITA Dari Misi Kemanusiaan Padang

06 Nov

Picture3Assalamu’alaikum shbt/h seperjuangan sekalian..

Semoga sejahtera iman kita untuk tegar istiqamah di jalan Dakwah & Tarbiyah. Ana kongsikan sedikit catatan pengalaman di sana..semoga bermanfaat.

I’m back to Malaysia at 1st nov 2009, we’re arrived at LCCT airport, on 10.10am.

Kembalinya saya dari misi kemanusiaan di Padang Pariaman sebagai insan yang sarat dengan bicara kehidupan. Mata yang melihat tidak akan sama dengan telinga yang hanya mendengar. Alhamdulillah atas kesempatan diberikan oleh Allah untuk berbakti di lapangan pada misi ke tiga. Jiwa saya melantunkan zikir sepanjang perjalanan di sana. Benarlah jiwa yang menanggung tidak serupa dengan orang yang hanya melihat. Apa yang dialami jelas adalah peringatan dari Allah kepada manusia. Teringat pada kalam Allah dalam kitab suciNya, bermaksud:

“Berjalanlah di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang dahulu. Kebanyakkan mereka mempersekutukan (Allah).”(ar- Rum:42).

Apabila menyuluh hakikat kehidupan masyarakat Padang sebelum ditimpa bencana gempa, sebahagian mereka terutamanya di kawasan pedalaman, jauh daripada Allah. Ibadah solat tidak dilakukan, masjid dan musalla banyak terbina namun usang dan tidak diimarahkan dengan solat mahupun majlis ilmu. Amalan kurafat tersebar menjadi adat. Kejahilan hidup menjadikan mereka terus alpa dan jauh daripada Allah. Justeru, mereka adalah golongan yang dipilih untuk menerima ujian agar kembali sedar. FirmanNya bermaksud:

“Kembali bertaubat kepadaNya dan bertaqwalah kepadaNya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersukutukan Allah” (ar-Rum:31).

Merenung ayatNya menjadikan hati ini merasakan Allah amat menyanyangi hambaNya, kerana itu diuji manusia untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.

Fikiran terdetik pada firmanNya bermaksud:

“Dan tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka, betapa banyak umat-umat sebelum mereka yang Kami binasakan, sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka (umat) tersebut. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Apakah mereka tidak mendengarkan (memperhatikan) ?(As-sajadah: 27 )

Melihat keadaan saudara-saudara Islam kita di sana amat menyentuh hati saya. Tatkala mereka diuji dengan kedhaifan fizikal apabila kediaman dan gedung pencarian rezeki telah hancur, harta benda mereka musnah, mereka kehilangan keluarga yang tercinta, membuahkan keinsafan bagi saya pada erti keselesaan hidup di negara tercinta. Namun lebih parah lagi apabila mereka ini teruji dengan keimanan yang semakin luntur untuk terus mengharungi kehidupan dan membangunkan semula kesedaran agar kembali kepada pergantungan Allah. Kita sayangkan aqidah saudara kita di sana, justeru menjadikan misi kemanusiaan ini amat penting dipikul bersama.

Alhamdulillah kesedaran dan sumbangan rakyat Malaysia banyak membantu meringankan beban mereka di sana. Semoga segala usaha mendapat nilaian disisi Allah kerana Allah pasti menilai usaha hamba-hambaNya.

Saya memerhatikan semangat anak-anak kecil, mereka belajar tabah dan tegar mengharungi kesempitan hidup. Jiwa mereka memerlukan sentuhan tarbiyah yang mengajak untuk dekat kepada Allah. Rukun islam dan rukun iman menjadi persoalan santai setiap slot motivasi. Sepanjang usaha memulihkan trauma yang dialami mereka, kami tidak lupa sisipkan nasihat agar rajin solat, mengaji al Quran dan belajar bersungguh-sungguh. Satu modul menarik yang terkesan dihati saya, melihat ragam anak-anak khusyuk melukis gambaran wajah ibu ayah yang mereka cintai, dan sorakan semangat mereka “Kami..anak Soleh!!” adalah merupakan motto motivasi kami paling ceria.

Pengalaman memberi dan menghulurkan bantuan adalah suatu usaha yang amat bermakna. Kerana Nabi s.a.w bersabda;

“Sesiapa yang meringankan kesusahan saudaranya di dunia, pasti Allah akan membantu meringankan kesusahannya pada akhirat kelak..” sabda nabi s.a.w lagi: “Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya” (HR Muslim).

Peluang begini adalah suatu kebahagiaan untuk mencurahkan bantuan saat mereka memerlukan. Ketika melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap masyarakat tempatan, di situlah kesempatan kami untuk merapati masyarakat dari pelbagai lapisan umur dan status. Di samping itu, kami juga berpeluang mempelajari beberapa perkataan bahasa minang yang amat menarik ketika berinteraksi bersama.

Kini, saya rindu pada mereka saudara kita di sana. Pengalaman di Sumatera Barat mekar diingatan kerana di situ saya belajar erti sabar dan pengorbanan. Iringan doa dipanjatkan agar mereka terus tabah dan bangkit mengharungi segala cabaran dengan senyuman kejayaan. Allah sayangkan kalian dan sangat dekat dengan kalian. Firman Allah bermaksud:

“dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara”. (Al-ahzab:3 ).

Ada kesempatan bertemu lagi!

Catatan Diari Seberang,
Nurul Zakirah Mat Sin
:: Relawan Misi Kemanusiaan HALUAN, Pasukan ke-Tiga ::
PADANG, SUMATERA BARAT
INDONESIA.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2009 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: