RSS

Kem SATRIA di SMK Mahmud Mahyidin

11 Nov

CIMG9396Unit Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan telah bekerjasama dengan HALUAN Kelantan menjayakan Kem Sahsiah Remaja Terpuji (SATRIA 21) dari 29 – 31 Oktober 2009 di sekolah tersebut. Seramai 400 pelajar tingkatan 1 dan 2 telah dibahagikan kepada 2 kumpulan menyertai kem tersebut.  Kumpulan 1 pada 29 – 30 Oktober dan kumpulan 2 pula dari 30 – 31 Oktober.

CIMG9496Seramai 30 orang fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN Kelantan dan Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) Kolej Teknologi Darulnaim telah memberi khidmat, mendidik dan berbakti di sepanjang program tersebut yang diketuai oleh Sdr. Suhaib Shafie. Objektif utama program ini adalah untuk membina sahsiah dan jatidiri pelajar

CIMG9473Guru Kaunseling sekolah, Cikgu Aisyah merasa amat gembira dengan penglibatan fasilitator mahasiswa HALUAN yang bertugas bertungkus lumus mendidik para pelajar beliau. Beliau berharap para peserta mendapat manfaat dam ilmu di sepanjang mereka mengikuti pelbagai modul yang dijalankan. Menurut Cikgu Hidayah, beliau mendapat respon yang amat baik dari peserta, sehingga ada peserta yang meminta kem SATRIA 21 ini dipanjangkan kepada 3 hari, ada juga yang minta diadakan selama seminggu kerana teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Majlis penutup SATRIA 21 telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Mahmud Mahyidin, Pn. Hajjah Nik Raina Nik Taib.  HALUAN Kelantan diwakili oleh Cikgu Kamarudin Deraman, Timb. Yang Di Pertua HALUAN Kelantan.

CIMG9502

Tarbiah Jasadi Pun Di Isi Selain Tarbiah Ruhi dan Aqli

CIMG9252

Latihan Dalam Kumpulan Bersama Abang Fasilitator
CIMG9278
Peserta Puteri Tekun Melukis Wajah Sendiri
CIMG9289
Antara Barisan Fasi Siswi Yang Berkhidmat di Sepanjang Program
CIMG9270
Ceria Peserta Kem Bersama Abg Fasi mereka
CIMG9331
Peserta Membentangkan Hasil Perbincangan
CIMG9355
Masalah Remaja Masakini, Mereka Fikirkan Sendiri Jalan Penyelesaian
CIMG9459
Aktiviti di Padang Pun ada Juga!
CIMG9518
Semoga Adik-Adik Ini Terbina Sahsiah dan Jatidiri Mereka
 
Leave a comment

Posted by on November 11, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: