RSS

Daily Archives: November 16, 2009

Program Pembangunan Minda Insan HALUAN Kelantan

PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN HALUAN KELANTAN BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG POHON NENASI BACHOK KELANTAN KERJASAMA KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

bendera haluan malaysia copyTarikh: 20 – 21 November 2009

Tempat: Dewan Orang Ramai Kg. Pohon Nenasi dan Sweet each Resort Tok Bali Bachok.

Aktiviti:

– Ceramah Kesihatan (Tajuk: Cara Hidup Sihat dan Kebersihan) oleh Dr. Norazmi (KKH Kelantan)

– Pemeriksaan Kesihatan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan

– Khidmat Rundingan oleh Panel Guaman HALUAN Kelantan

– Gotong Royong

– Aktiviti Memasak Sekampung

– Ceramah Agama oleh Ustaz Mohamad Nor Awang Kechik (UiTM Machang Kelantan)

– Ceramah dan Bengkel Keibubapaan

– Majlis Penutup.

Keterangan lanjut, hubungi Pengarah Program: Dr. Salwana Mohyidin (013-9208190)

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2009 in Pengumuman

 

Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

aidiladhaBeberapa hari lagi, kita akan masuk ke pesta ibadah Zulhijjah. Kelebihan dan amalan yang digalakkan semasa sepuluh hari pertama Zulhijjah ini boleh diringkaskan seperti berikut:

1. DISUMPAH DI DALAM AL-QURAN

Allah SWT banyak menggunakan metodologi bersumpah di dalam al-Quran, dengan bertujuan untuk memberikan penegasan kepada ayat seterusnya, serta memberikan petunjuk terhadap kelebihan perkara yang menjadi sumpahan tersebut. Di dalam surah al-Fajr ayat 1-2, Allah telah berfirman:

وَالْفَجْرِ  وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)

Di dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir telah mendatangkan banyak riwayat mengenai pandangan ulamak terhadap yang dimaksudkan dengan sepuluh malam di dalam surah al-Fajr di atas. Ada yang menyatakan ianya bermaksud sepuluh hari pertama bulan Muharram. Sebahagian menyatakan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan ini disokong oleh Syeikh Ibn Uthaimin. Akan tetapi pandangan jumhur ialah sepuluh hari berkenaan berlaku pada awal Zulhijjah. Dengan sebab itulah hari-hari tersebut dianggap sebagai hari yang mulia dan penuh dengan kelebihan. Menurut Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma’ad, siang sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah lebih afdhal daripada sepuluh hari terakhir Ramadhan, sementara sepuluh malam terakhir Ramadhan pula adalah lebih baik daripada sepuluh malam pertama Zulhijjah kerana berlakunya lailatul qadar.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2009 in Artikel