RSS

Gotong Royong Perdana HALUAN-KTD Meriah

17 Nov

IMG_6035Program Gotong Royong Perdana Anjuran HALUAN Malaysia dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) berjalan dengan lancar dan meriah. Program yang telah dijalankan di Kampus KTD pada 7 November 2009 (Sabtu) dari jam 8.00pagi – 4.00petang dihadiri lebih dari 350 orang relawan. HALUAN Malaysia telah mengirim 150 orang relawan mereka dari seluruh negeri Semenanjung Malaysia bagi menjayakan program tersebut. KTD merupakan kolej angkat kepada HALUAN Malaysia. Manakala seramai 200 orang lagi relawan adalah dari kalangan mahasiswa dan kakitangan KTD.

Program gotong royong perdana yang julung-julung kali diadakan ini menjadi medan kepada ahli HALUAN mengenali lebih dekat KTD. Pelbagai kerja pembersihan dan mengecat kampus dijalankan secara amal jami’e yang telah memupukan lagi jalinan ukhwah di antara relawan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan sawan dalam bangunan, mengecat dewan kuliah, membersih longkang dan pagar dan pelbagai lagi kerja-kerja pembersihan.

Kemuncak program adalah perjumpaan khas relawan HALUAN dan majlis makan malam bersama Presiden HALUAN , PM Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman yang telah diadakan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pengkalan Chepa Kelantan pada jam 5.00 petang.

Semoga amal kalian diberkati Allah swt dan semoga KTD terus sukses melahirkan generasi pewaris dakwah dan tarbiyah masa depan.

IMG_6063

IMG_5919

CIMG9779

 
Leave a comment

Posted by on November 17, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: