RSS

Ancaman Rutin Harian Dalam Zon Selesa Bagi Seorang Da’ie

18 Nov

Assalamu’alaikum wbth.

Semoga kalian di dalam suasana sihat imannya, tertingkat taqwanya dan mendalam ihsannya.

Sdra/i yang dikasihi lillah fillah,

Terasa seronok apabila mendengar MKPadang kita telah berkembang dan menyentuh sebilangan ahli HALUAN yang sentiasa dahagakan medan beramal. Mudah-mudahan Allah memberikan cahaya dan kekuatan kepada kita semua BARAKAH daripada sedikit usaha kita berbekalkan  ikhlas dan kesungguhan menyahut seruan Dakwah di Pariaman.

Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada kita semua utk meneruskan tugasan besar dan sebenar kita di tempat masing-masing selaras dengan pembinaan kekuatan gerakan Dakwah dan Penyelesaian Qadhiyah(permasalahan) Assasiyah iaitu Qadhiyah Islamiyah.

Apa sahaja amal yang kita lakukan akan menjadi amal Qawwi (kuat) jika kita juruskannya kepada Penyelesaian Qadhiyah Islamiyah itu. Medan Misi kemanusiaan, samada Padang, Kuala Boh, Kemboja, mahupun Palestin amatlah bermakna kepada jiwa-jiwa yang dahagakan peningkatan amal.

Perubahan daripada suasana RUTIN kepada suasana “MISI” insya Allah akan dapat:

a. Menghidupkan jiwa-jiwa yang beriman dengan cahaya iman,

b. Menyihatkan jiwa-jiwa yang sakit dengan latihan “hidup lasak” dan mujahadah an nafs, dan

c. Mengembangkan potensi dakwah bagi jiwa-jiwa yang memang sedang bekerja.

Sedikit pengorbanan kita di jalan Allah akan melahirkan BEKALAN hidayah yang mantap, insya Allah. Banyak yang boleh dipelajari, besar pengalaman yang boleh dilalui,
Luas pemandangan yang boleh difikiri…

Wahai Relawan HALUAN yang dikasihi,

Jika kita tidak berhati-hati, suasana RUTIN akan menjadikan jiwa-jiwa itu lemah, tak berdaya, malahan boleh futur tanpa dirasai. Rutin boleh menjadikan jiwa-jiwa kurang peka dengan cabaran dunia hingga leka dan ambil mudah dalam mengejar redha Ilahi Rutin boleh membenamkan rasa akhirat dan menjadi hamba duniawi, rutin boleh menjadikan kita tidak meningkat dan berpada dengan apa yang ada – Gurur amali mahupun ghurur ilmi..

Lebih bahaya lagi suasana Rutin boleh menjadikan jiwa-jiwa itu mati tanpa disedari… Bagi mereka yang terperangkap dengan Rutin yang tidak tarbawi – akan asyik dengan dunia yang jauh daripada Tuhan, akan asyik dengan nafsu yang memang pakar dalam penipuan, akan asyik dengan amalan tetapi tiada peningkatan. Sebab itulah Allah datangkan dari masa ke masa, ujian dan kesusahan, kesukaran dan halangan, peperangan dan penzaliman, atau “event” yang mencabar jiwa dan pemikiran…

Semuanya utk mengubah RUTIN manusia yang boleh melemahkan, melalaikan, atau membunuh jiwa-jiwa yang ada.

RUTIN bermakna kita hanya mengikut arus kebiasaan. Tanpa perasaan mahukan perubahan, tanpa peningkatan dalam amalan, tanpa muhasabah dan percambahan pemikiran…

Sdra/i yang beriman,

Bagi yang masih berpada dengan “rutin harian” yang menjemukan dan tiada peningkatan, ayuh keluarlah daripada kepompong hidup dunia dan tipudaya syaitan. Hidupkan amal jihad dan berkorban, lepasi zon selesa dan kerehatan.

Bagi yang telah bermisi dan berkorban, keluarlah daripada kelalaian dan angan-angan bahawa kita sudah memperoleh redha Tuhan. Teruskan amalan yang lebih Qawwi di tempat sendiri – bermisi Dakwah & Tarbiyah dengan keluarga, jiran, sahabat handai mahupun komuniti.

Sekadar untuk ingatkan diri sendiri…

Kalau berguna jadikanlah tazkirah untuk kita lengkap melengkapi.

Insya Allah, ana akan cuba sampaikan sedikit pengalaman baru kami di Bumi Anbiya’…

Pengalaman bersama mereka yang dizalimi secara langsung oleh Zionis,

Pengalaman melihat mereka yang telah wakafkan diri utk Ilahi..

Sekian dulu,

– Abu Zahid-

Ketua Biro HALUANPalestin
18 Nov, Airport, Abu Dhabi – 2.55am
(Sdg transit, tunggu Pesawat ke KL)

Relawan HALUAN dari Misi Tanf,  Syiria.

 
1 Comment

Posted by on November 18, 2009 in Artikel, Kepimpinan HALUAN, Tarbiyah

 

One response to “Ancaman Rutin Harian Dalam Zon Selesa Bagi Seorang Da’ie

  1. abu ridhwan

    November 22, 2009 at 5:31 pm

    Salam..

    Subhanallah..perkongsian yg amat baik… benar2 menyebabkan jantung ini terhenti seketika…. kerna bimbang dgn amal yg ada.. Semoga Allah masih memberi kesempatan kpd hati ini untuk terus memberi sumbangan yg sebenar kpd Islam..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: