RSS

Puisi: Terima Kasih KTD

18 Nov

Terima kasih KTD

Memberi kami peluang dididik dan berbakti

Walau belum berpeluang menyertai MKPadang

Membantu saudara seaqidah di tanah seberang

Hati kami sedikit terubat dengan gotong royong ini

Bersama anda di KTD

Terima kasih KTD

Memberi peluang kepada kami menabur sedikit bakti

Selama ini anda terus-terusan menagih simpati kami

Pohon sumbangan harta, masa dan tenaga

Membantu anda melaksana tanggungjawab besar ini

Kami sekadar empati, entah hanya simpati

Sekadar memberi sumbangan wang ringgit, sokongan moral & iringan doa

Betapa kerdilnya rasa iman kami

Tidak mampu menyumbang seperti apa yang anda sumbangkan

Tapi hari ini hati kami girang

Dapat memberi sekelumit sumbangan walau tak seberapa

Terima kasih KTD

Menganjurkan  program ini

Beramai-ramai kita turun membanting tulang

Penuh keriangan, tidak terasa keringat di badan

Membersih sekitar, mencuci sawang, mengecat bangunan, melanskap kawasan

Tua muda, lelaki dan wanita

Berbakti penuh semangat

Yang ringan sama-sama kita jinjing

Yang berat sama-sama kita junjung

Kerja berat menjadi ringan

Esprit de corps penuh kekaguman

Muka-muka relawan berseri-seri, penuh kegembiraan

Bekerja tanpa tekanan, tapi penuh kepuasan

Menyumbang penuh keikhlasan

Muqallatoh dan bertegur sapa

Menjalin mahabbah dan ukhwah terus dibaja

Mencari mardhatillah subhanahu wata’ala

Terima kasih KTD

Kerana rai kami dengan hi-tea

Ucapan Pegawai Eksekutif sebagai santapan rohani

Membangunkan KTD dengan penuh kepayahan

Kami amat mengagumi anda

Anda kebanggaan kami

Andalah di barisan hadapan perjuangan ini

Teruskan mujahadah ini

Kami sentiasa bersama anda

Kesusahan anda kesusahan kami jua

Kegembiraan anda kegembiraan kami jua

Terima kasih KTD

Kami pulang penuh kepuasan

Walau sedikit masa, harta dan tenaga kami korbankan

Lain kali panggillah  kami untuk terus dididik dan berbakti

Insya Allah akan kami datang lagi

Moga mendapat ganjaran dunia dan ukhrawi

Memperoleh janji jannah Allah azawajalla

Syukri Nordin

Relawan HALUAN P.Pinang

Sempena Program Gotong Royong Perdana HALUAN-KTD



 
Leave a comment

Posted by on November 18, 2009 in Artikel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: