RSS

HALUAN Kelantan Anjurkan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)

29 Nov

HALUAN Kelantan telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) bersama masyarakat Kg. Pohon Nenasi Bachok  kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 20 – 21 November yang lalu. Pada program kali ini penumpuan diberikan dalam aspek kesihatan dan kemahiran keibubapaan.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi, 20 November di dewan Orang Ramai Pohon Nenasi dimulakan dengan ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan. Dalam masa yang sama Kelab Siswa HALUAN mengadakan sesi soal selidik terhadap 50 buah keluarga Pohon Nenasi.

Majlis semakin meriah ketika sesi gotong royong masak sekampung dan makan tengahari bersama di dewan Pohon Nenasi. Majlis pada hari Jumaat tersebut diakhiri dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nor Awang Kechik, pensyarah Pengajian Islam dari UiTM Machang.

Peserta Kalangan Para Ibu

Peserta Kalangan Para Ibu

Modul Pembangunan Minda Insan (PPMI) diteruskan pada hari kedua, 21 Nov di Sweet Beach Resort bermula jam 8.30pg – 2.00ptg. Majlis telah dipengerusikan oleh Kak Norizan, Pengerusi HALUANITA Kelantan. Pada kali ini para ibu bapa dari Pohon Nenasi disajikan pula dengan bimbingan dan panduan mendidik anak-anak mengikut Islam. Sesi ceramah kekeluargaan tersebut telah disampaikan oleh Tn. Hj. Rosdi Baharom, penceramah motivasi kekeluargaan HALUAN yang tidak asing lagi. Kemudian di sesi kedua, para ibu dan bapa berbengkel dalam kumpulan masing-masing yang turut di bantu  oleh Fasilitator HALUAN yang berpengalaman. Ketua kumpulan kemudian membentangkan  pandangan, cabaran dan harapan mereka akan masa depan anak-anak dan keluarga mereka di Pohon Nenasi.

Ceramah Keibubapaan Oleh Tn. Hj. Rosdi Baharom

Salah seorang peserta yang bersemangat dalam sesi pembentangan kumpulan

Sesi pembentangan ini amat menarik kerana para wakil kumpulan mampu berkongsi rasa dan perasaan mereka dengan jujur dan ikhlas. Para peserta amat berharap agar HALUAN dapat meneruskan usaha membantu mereka dan anak-anak mereka dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, bersatupadu dan terdidik.

En. Umar (kanan) bersama Cikgu Mahmud Jaafar

Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Ketua Kg. Pohon Nenasi En. Umar. Manakala ucapan penutup telah disampaikan oleh  Cikgu Mahmud Jaafar, Ketua Biro Motivasi dan Kekeluargaan HALUAN Kelantan.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: