RSS

Kesilapan Pemuda Dalam Medan Amal Dakwah

01 Dec

Persediaan untuk pemuda Islam bagi menghadapi cabaran dan melakukan perubahan Islam yang dicita -citakan itu, sewajibnya menepati segala jaminan untuk menjadikannya mampu membentuk ‘Sahsiah Islamiyah’ yang sejajar dengan peranan-yang telah diamanahkan kepadanya.

fragments_home_editor_letter_imageSesungguhnya ‘Sahsiah Islamiyyah’ kini telah ditimpa gambaran buruk yang mengakibatkan kepada terbantutnya peranan yang sejati ini juga membawa kepada penggunaan tenaga pada perkara-perkara ranting (juz’i) yang membawa kepada hilangnya kemampuan untuk mengikuti jalan hingga ke hujung perjuangan atau boleh membawa kepada natijah-natijah buruk.

Antara rencana persediaan yang mesti diberikan perhatian yang kebiasaannya telah menyebabkan wajah buruk kepada Sahsiah Islamiyyah, dan dikhususkan kepada pemuda Islam ialah:-

1- Penguasaan Idealisme Negatif terhadap Harakah

Ianya adalah pemisahan yang berlaku terhadap sebahagian pemuda Islam di antara idealisme yang berbentuk teori yang menjadikan mereka abai dari beriltizam secara amali. Akibatnya tidak ada kesan langsung di bidang penghasilan haraki. Sebahagian yang lain pula menyepikan diri mereka ke dalam ruangan yang sempit di dalam “Idealisme” yang menyebabkan mereka tidak akan sampai kepada kenyataan atau menuju kepada ideal itu. Mereka ini tidak menggunakan tenaga mereka yang sepatutnya mereka gunakan untuk bergerak dan menghasilkan sesuatu.

Sesungguhnya ada seorang muslim pada zaman nubuwah telah mengasingkan dirinya di atas sebuah bukit. Maka dia berjumpa dengan Rasulullah saw lalu baginda bersabda:

‘Kesabaran seseorang dari kamu satu saat di suatu tempat jihad lebih baik daripada beribadat enam puluh tahun.’

Rasulullah saw tidak akan memilih antara dua, kecuali jalan tengah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Allah. Antara wasiat Rasulullah saw yang masyhur:

‘Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang berputus-putus.’

Keimanan mewajibkan bergerak (harakah) dan mengeluarkan hasil (intaj), jika tidak maka ia menjadi iman yang kurang dan disyaki. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat di dalam kitab Allah yang mana setiap ayat mengenai iman, disyaratkan dengan amal. Cukuplah sebagai bukti firman Allah:

“Tidak ada kebaikan pada banyaknya doa’ (munajat) mereka itu kecuali mereka yang diperintahkan dengan bersedekah.”

2- Penguasaan Teori ke atas Realiti

Daripada gambaran buruk ‘Sahsiah Islamiyyah’ juga ialah, berfikir pada bekas yang jumud yang sesuai dengan waqi’ (realiti) atau tidak atau sesuai dengan realiti lain. Ini membawa terpisahnya para teoris itu dari realiti kehidupan, atau mereka gagal dalam mengubah realiti (waqi’), kerana mereka tidak memahami atau mengkaji realiti yang sebenar. Perubahan Islam tidak mungkin tercapai melalui teori yang jahil dengan realiti dan juga latar belakang serta kekuatan-kekuatan yang menguasai suasana itu.

Kadangkala golongan ini menganggap kegagalan mereka sebagai takdir dari Allah, dan pada mereka cukuplah untuk menjadi ‘ghuraba’ (dagang) pada akhir zaman, atau cukup untuk mereka berada atas jalan ‘haq’ (kebenaran) walaupun mereka tidak dapat menguasai kebatilan atau mengubahnya.

Pada hakikatnya mereka tidak mengambil sebab-sebab yang membolehkan berlakunya perubahan itu. Mereka tidak menggunakan piawai yang ditentukan Allah untuk perubahan. Mereka menganggap sesuatu perubahan itu sebagai suatu keadaan mukjizat yang mungkin berlaku tanpa penat dan payah, seolah-olah mereka tidak mengambil ingatan terhadap firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”

Menghubungkan sebab dengan musabab, serta menggunakan segala sebab yang ada khususnya dalam peranan penting seperti Perubahan Islam ini merupakan suatu kaedah asal dalam agama Allah yang tidak harus dilupakan, atau dicuaikan atau dipermudahkan. Ini disebut sendiri oleh Al-Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nikmat yang diberikan kepada sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”

3- Keterlaluan mengatasi kesederhanaan

Salah satu dari rupa buruk Sahsiah Islamiyyah hari ini ialah gejala keterlaluan yang tidak ada kesederhanaannya. Gejala ini mungkin merupakan gejala yang paling merbahaya kepada harakah Islamiyyah malah kepada Islam sendiri.

Kadang-kadang gejala ini wujud dalam skop keyakinan peribadi terhadap Islam, yang akan membawa kepada ‘ghuluw’ (melampau). Rasulullah saw telah mengingatkan:

‘Sesungguhnya agama itu keras, maka masuklah kamu ke dalamnya dengan lemah-lembut. Berjagalah! Binasa orang yang berjalan meraba-raba.’

Kadang-kala gejala ini timbul dalam bentuk amal dakwah dan usaha menarik orang kepada Islam, yang membawa kesan sebaliknya. Ianya menjadikan orang bertambah liar bukan bertambah dekat. Ini adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw seperti yang ditunjukkan oleh al- Quran:

“Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berbincanglah (berdialog) dengan mereka itu dengan cara yang lebih baik.” (S 16.125)

“Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” (S 3.159)

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min.” (S9:128)

Kadang-kala gejala ini timbul di dalam keadaan menghapuskan kemungkaran, samada secara serpihan (juzi’i) atau keseluruhan (kulli), iaitu sebelum cukup sempurna persediaan yang perlu untuk kerja tersebut. Maka ini menyebabkan harakah menerima ‘mihnah’ (tribulasi) dan cabaran yang lebih besar yang mana harakah Islam ini belum lagi bersedia untuk menghadapinya.

Pada hakikatnya, gejala ini banyak mengandungi risiko terhadap harakah Islamiyah pada zaman sekarang dan terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, paling sedikit gejala ini akan melambatkan amal dan menghentikan perjalanan’ sama ada secara juzi’i atau kulli (separuh atau keseluruhan).

4 – Penguasaan Juziyyah ke atas Kulliyyah

Iaitu gejala memburukkan wajah gerakan Islam dengan adanya sebahagian dari pemuda Islam yang hanya menekankan suatu sudut tertentu dari Islam dan tidak memandang kepada sudut-sudut lain. Ada di antara mereka yang hanya  enekankan kepada pakaian Islam dan apa-apa yang berhubung dengannya sahaja, atau yang lain menekankan soal janggut, tasbih dan kayu sugi (siwak) dan tidak yang lain,

sedangkan sebahagian lain menekankan cara kekerasan dan kekuatan material dan tidak kepada yang lain, sedangkan yang lain pula menekankan kepada kehidupan secara rahib dan tasawuf, yang lain menekankan fiqh dan tafaqquh. Kesemuanya mendakwa bahawa merekalah yang benar dan orang lain salah.
Sepatutnya dalam pentarbiyahan pemuda hendaklah ditekankan supaya mengambil Islam keseluruhannya dan sekaligus. Mengikut prioriti/keutamaan yang mana lebih penting untuk diberikan keutamaan serta meletakkan setiap perkara itu pada skop dan kedudukannya yang syarie.

5-Penguasaan Peribadi ke atas Ideologi
Antara gambaran buruk lain ialah ikutan kepada peribadi, melampau dalam taksub kepada manusia di mana ada segolongan pemuda Islam yang taksub kepada peribadi-peribadi (Askhas) bukannya, prinsip (mabadi’). Mereka bergantung kepada peribadi itu lebih daripada pergantungan mereka kepada mabadi’ (prinsip). Ini membawa kepada sebab utama mengapa tidak ada penuh
kesetiaan atau kepatuhan (wala’) kepada Allah. Mereka ini berpihak kepada puak, taksub kepada individu-individu dan nama-nama, bukannya kepada apa yang disyariatkan oleh Allah.

– Dari bahaya gejala ini dan natijah buruknya ialah berlakunya percanggahan dan pecah-belah dalam tubuh harakah Islamiyyah dan timbulnya penyakit yang banyak dalam amal Islami serta banyak wadah dan bendera.

– Dari bahaya gejala ini juga ialah rosaknya neraca hukuman syarak atau menghukum menurut kaca mata Islam, di mana taksub kepada individu dan hawa nafsu telah mengganti tempat yang sepatutnya diisi oleh taksub kepada prinsip dan nilai.

– Begitu juga gejala ini turut mendedahkan merekaitu ke arah penyelewengan terus natijah daripada apa yang telah kita sebutkan di atas.

Dari sinilah mungkin kita dapat faham kata-kata Abu Bakar as-Siddiq, ‘Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah hidup tidak mati.’ Lalu beliau pun membaca firman Allah swt:

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berpaling ke belakang (murtad). Barangsiapa yang paling ke belakang maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

Kaedah yang sewajibnya menentukan hubungan kita, dan penilaian kita terhadap pimpinan ialah wajib mengenali makhluk berdasarkan ‘haq’ yakni kebenaran dan bukannya mengenal kebenaran melalui makhluk.

6- Penguasaan Hawa nafsu atas Kebenaran
Di sana terdapat suatu lagi gejala lain yang memburukkan wajah gerakan Islam iaitu manusia lebih suka mengikuti kemahuan dan nafsunya sendiri serta fikirannya walaupun bertentangan dengan pandangan ‘qiadah’ (pimpinan). Sedangkan tarbiyah Islamiyyah mewajibkan supaya ia digantikan dengan keinginan peribadi dan kemahuan sendiri dengan kepatuhan (wala’) sepenuhnya kepada Allah seperti yang dimaksudkan dalara firman Allah:

“Tidaklah patut bagi seseorang mukmin itu, lelaki atau perempuan mempunyai pilihan lagi jika sekiranya telah dihukum oleh Allah dan RasulNya dalam sesuatu perkara tentang urusan mereka.” (S 33.36)

7- Antara Apa Yang telah Berlaku dengan Apa Yang Akan Berlaku
Satu lagi gejala yang memburukkan sahsiah Islamiyyah hari ini ialah dengan menerima realiti dan tunduk kepadanya. Ini menjadikan natijah dan hasil yang semata-mata bergantung kepada apa yang ada, bukan apa yang sepatutnya (sewajibnya) berlaku. Dalam banyak keadaan, logik ini menyekat perjalanan harakah dan tidak sampai kepada matlamatnya, kerana perencanaan dalam keadaan ini mengikut asas kemampuan yang ada bukannya kemampuan yang sepatutnya ada.

Perbezaan antara dua keadaan itu seperti perbezaan antara Haq dan Batil. Oleh sebab itu pemuda Islam wajib ditarbiyyah dan dididik supaya bercita-cita tinggi atas kebenaran dan merasa mulia dari kebatilan. Mereka juga harus dididik supaya tidak menggadaikan haq kepada waqi’ untuk membolehkan mereka melaksanakan Perubahan Islam yang dicita-citakan.

Rujukan: Generasi Pemuda & Perubahan Oleh Syeikh Ustaz Fathi Yakan

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: