RSS

Program Korban HALUAN Kelantan

02 Dec

Hj. Nasir Saat, YDP HALUAN Kelantan menyembelih salah seekor lembu di Kg. Pendek Kota Bharu Kelantan.

HALUAN Kelantan telah mengadakan program Korban pada tahun ini di dua lokasi berasingan. Pada Hari Raya Korban ke 2, 4 ekor lembu telah dikorbankan di perkarangan rumah Kak Norizan, Ketua HALUANITA Kelantan di Pendek, Kota Bharu. Ramai ahli HALUAN Kelantan dan sanak keluarga serta masyarakat kampung sekitarnya hadir. Program semakin meriah dengan aktiviti gotong royong memasak jamuan makan tengahari.

Pada Hari Raya Korban ke 3 pula, program Korban diadakan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan wakil penduduk Pohon Nenasi. Program diadakan di KTD.  3 ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut. Menurut Tn Hj Hasan Ab Rahman, Pengarah Program Korban HALUAN Kelantan, setiap tahun HALUAN Kelantan akan sentiasa mengadakan program korban. Namun pada tahun ini, HALUAN Kelantan mengadakan di KTD dengan kerjasama Kakitangan KTD memandangkan ramai mahasiswa KTD yang tidak pulang beraya kerana hari peperiksaan akhir semester amat hampir. Seramai 15 orang wakil penduduk dari Pohon Nenasi yang diketuai oleh Ketua kampung mereka, En. Umar, turut serta bagi melapah seekor lembu khusus untuk kampung mereka. Kg. Pohon Nenasi adalah merupakan perkampungan miskin di Bachok yang menjadi kampung angkat HALUAN Kelantan. Terdapat sekitar 400 orang penghuni di kampung tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: