RSS

Perkongsiaan Pengalaman MKPadang Gelombang 7

09 Dec

*MKPadang 6 & 7 turut disertai 2 orang relawan dari Kelantan, Sdr Md Muslim (SU Kerja HALUAN Kelantan) dan Dr. Mansor Yahya (Ketua Biro Profesional HALUAN Kelantan / Naib Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN  Pusat)

Sdr Md Muslim (Berkopiah putih) dari HALUAN Kelantan antara yang menyertai MKPadang Gelombang ke 7 pada hujung November lalu

Misi Kemanusiaan Padang adalah seperti mimpi jadi kenyataan.  Keinginan untuk pergi mula tercetus apabila membaca dan berbincang dengan sahabat yang terdekat, kenapa dan mengapa Allah swt menggoncangkan bumi Padang yang berada tidak jauh daripada Malaysia.

Dari Abdullah bin Hiwalah r.a berkata: Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu beliau bersabda, ”Wahai Ibnu Hiwalah, Apabila engkau melihat khilafah kenabian telah sampai ke  tanah Syam maka telah dekatlah terjadinya gempa-gempa, masa-masa kesusahan dan  kegundahan, serta perkara-perkara besar dan hari kiamat pada saat itu lebih dekat kepada manusia dari tanganku terhadap kepalamu.

[ Hadis Sahih, HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

Apa? Hari kiamat sudah dekat ?????? Sangat dekat!!!!! Apakah persediaanku, persediaan kita??

Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk dalam pihak yang salah . Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi menyebutnya sebagai khabar gembira.

Apakah  yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai berita gembira itu?

Gempa adalah tanda-tanda kecil kiamat. Tanda-tanda kecil kiamat bermula sejak Nabi Muhammad saw diutuskan lagi sehinggalah kini termasuk juga penzinaan berleluasa, mandi bogel di khalayak ramai, maksiat bermaharajalela dsb. Jadi berita gembira itu ialah kedatangan Imam Mahdi iaitu sebagai penghubung di antara tanda-tanda kiamat kecil dan  besar. Apabila datangnya Imam Mahdi akan berlaku peradaban penuh adil dan kejujuran seperti yang di perkatakan di atas.  Selepas Imam Mahdi barulah akan muncul Dajjal, turunnya Nabi Isa, keluarnya Yakjuj dan Makjuj  dan matahari akan terbit dari tempat terbenamnya dan lain-lain lagi.

Yang pasti kiamat sudah dekat!!!

Dr. Mansor Yahya, dari HALUAN Kelantan (Kanan), Sdr Yusman dari HALUAN Selangor (Kiri) dan Sdr Syed Helmi dari HALUAN Johor (Tengah) bergambar ketika di KLIA

Kepulangan sahabat-sahabat relawan daripada Padang melalui ceramah-ceramah yang diberi oleh  mereka banyak membawa cerita-cerita apa yang berlaku, kenapa dan mengapa berlakunya goncangan yang kuat, korban nyawa, rumah hancur, keluarga yang terpisah, kampung yang tertimbus.

”Musibah dan bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kamu sendiri.”

( Al Isra, 17 : 58).

Mereka ditegur oleh Allah swt Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas  perbuatan mereka mengkufuri nikmat-nikmat  Allah swt.

Apakah tidak ada orang yang mengajak mereka kembali kepada Allah swt?

Apakah kekufuran yang berlaku di Padang tidak berlaku di Malaysia ?

Berkata Ummu Salamah,isteri Rasulullah saw, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

” Jika timbul maksiat pada ummatku maka Allah swt akan menyebarkan azab-azab siksa kepada mereka.”

Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang yang soleh?

Beliau menjawab: ”Ada”

Aku berkata lagi : Apa yang Allah akan perbuat pada mereka?

Beliau menjawab: ” Allah akan menimpakan azab kepada mereka sebagaimana ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian barulah mereka akan mendapat keampunan dan keredhaan dari Rabbnya.”

[HR Imam Ahmad]

Seandainya aku tidak berbuat apa-apa, aku takut menghadapi apa yang akan menimpa! Ancaman pihak Kristian memurtadkan anak-anak tidak boleh dibiarkan menapak!

Taklimat

Taklimat untuk pasukan kami telah diadakan di Pejabat PEMANGKIN HALUAN Selangor di Petaling Jaya pada pagi 21/11/2009. Taklimat dari Sekretariat Misi HALUAN Pusat cukup memberi didikan kepada kami, di antaranya…..

Aku turun keranaMu Ya Allah,hanya untuk mencari cintaMu, mendapat redhaMu, aku turun untuk mendidik diri, kenal diri lantas mengenali diriMu Ya Rabb,

Aku turun ingin membantu saudara seagamaku tetapi yang pasti ingin membantu diri ini sendiri agar lebih mentaati Mu, melatih diri ini mengajak manusia kepada mentaatiMu, menyelamatkan diri ini dan kami semua dari api nerakaMu…

Jagalah syara’ dan letaklah Allah sentiasa di hadapan.

Kami bertaaruf di antara satu sama lain. Lapan orang yang pergi di bawah Ketua Dr Mansor Yahya. Kapalterbang berlepas jam 210 pm dan tiba di sana pun jam 210 pm. Kami disambut oleh Akhi Md Muslim yang lebih awal sudah berada di sana, seorang siswa UiTM (HALUAN Siswa) dan seorang jurupandu.

Kami terus di bawa ke Posko (Pusat Koordinasi). Didalamnya penuh dengan sembako,makanan asas seperti beras, gula, teh yang dibungkus untuk di edarkan kepada mangsa.

Kedatangan kami seterusnya di alu-alukan oleh Ketua LSM yang bekerjasama dengan HALUAN di Pariamam, Pak Ridhwan. Terkejut saya melihatnya. Umurnya baru 31 tahun. Kita kagum dengan semangat mereka yang masih dalam usia muda berjuang untuk berdakwah menegakkan Islam.

Pak Ridwan memberitahu tentang kegiatan NGO kristian yang mahu mengkristiankan anak anak Pariaman dalam tempoh 6 bulan, Hands On namanya.   Soalan yang ditanyakan kepada anak-anak, siapa yang menjadikan gempa berlaku? Anak-anak jawab Allah. Adakah Allah turunkan bantuan? Anak-anak jawab tiada. Sekarang tutup mata dan tadah tangan, tuhan jesus akan memberikan kamu apa yang kamu mahu. ??????

Sebelah malam kami ada sesi Pass over dari Team 6 yang terdiri dari ramai anak-anak muda siswa/ siswi dari Kelab Siswa HALUAN. Ubatan dan pengendalian mobile clinic serta trauma healing di kongsi bersama.

Bersambung…



 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2009 in Aktiviti, Tarbiyah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: