RSS

Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) Membentuk Remaja Berakhlak

30 Dec

Pengkalan Chepa, 20 Disember – HALUAN Kelantan  meneruskan siri program mendidik dan berbakti kalangan remaja dengan menganjurkan Program Kecemerlangan Pelajar Siri 2 dengan kerjasama Kg. Pohon Nenasi Bachok dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 15 –  17 Disember 2009 di Dewan Kuliah C, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa Kelantan.

Seramai 48 remaja berumur antara 13 – 18 tahun telah menyertai program 3 hari 2 malam ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Para peserta telah dibimbing oleh fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN Kelantan, yang diketuai oleh Sdr. Jumat Salleh, AJK HALUAN Siswa Nasional.

Antara aktiviti yang telah disajikan di sepanjang program ialah ceramah dan demonstrasi sebatan dari Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, ceramah khas jenayah oleh wakil dari IPD Kota Bharu, ceramah ancaman dadah oleh wakil AADK Kota Bharu, ceramah kesihatan oleh Dr. Pazudin dari Kelab Kesihatan HALUAN Kelantan yang juga merupakan doktor pakar sakit puan HUSM dan slot Tayangan Multimedia Air Mata Palestin.

Peserta juga telah di bawa menziarahi Rumah Warga Tua di Pengkalan Chepa. Ramai peserta khususnya remaja puteri menangis keinsafan setelah mendengar perkongsian hidup dari beberapa penghuni warga tua yang menyentuh perasaan.

Di sebelah malam, para peserta telah melalui 2 ujian ibadah iaitu ujian bacaan al Fatihah dan Ujian Bacaan dan Praktikal Solat. Objektif utama modul ini adalah bagi memantapkan lagi ibadah peserta agar dapat membina ibadah yang lebih berkualiti. Pada hari terakhir, peserta telah di bawa menziarahi tanah perkuburan Islam Mukim Kemumin. Tazkirah ringkas dan adab-adab menziarahi kubur telah disampaikan terlebih dahulu oleh Ustaz Adnan, Ketua Biro Latihan HALUAN Negeri. Ternyata ramai kalangan remaja yang tidak biasa menziarahi tanah perkuburan dan menimba pengalaman pertama dalam program ziarah kubur pada kali ini.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamarudin Deraman, Naib Yang Dipertua HALUAN Kelantan. Beliau berpesan kepada para remaja agar sentiasa memelihara akhlak dan jatidiri dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ini kerana realiti hari ini banyak yang mengajak remaja kepada kerosakan dan penghapusan nilai akhlak Islam sehinggakan remaja hilang arah. Beliau memuji AJK Kg. Pohon Nenasi kerana memberi komitmen dalam memberikan kerjasama kepada HALUAN untuk menganjurkan program kali ini. Ucapan tahniah turut diberikan kepada para peserta remaja Kg. Pohon Nenasi kerana memanfaatkan cuti mereka dengan menyertai program yang dianjurkan HALUAN.

Turut hadir dalam majlis penutup adalah Pengarah Program, Sdr Mohd Razali Maarop dan Ketua Kampung Pohon Nenasi, En. Umar Marzuki.

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2009 in Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: